Monday, December 17, 2012

Jumpa Dr & Scan Perut & FIBROID

Salam,

Masa buka buku merah minggu lepas tak jumpa doktor lagi. Jadi hari ni aku kena pergi ke klinik pasir mas untuk jumpa doktor, ambik darah dan scan kandungan.Temujanji pukul 8 tapi aku datang pukul 10.hihi..suka hati jer...

Sampai2 kat klinik aku dah confuse nak masuk pintu mana. Mana tak nya klinik ni besar lah jugak. Ada dalam 4-5 pintu. Satu2 pintu aku masuk. Rupa nya yang last sekali baru pintu pendaftaran. Naseb baik tanya kat adek kat luar , dia kata hujung sekali daftar.

Dalam 10 minit tunggu, aku terus di panggil masuk ke bilik 6 untuk ambil darah. Dalam hati kata

"Nebes pulak nak amik darah ni!"

Nurse pun panggil, di suruh hulur kan tangan, di tepuk2 nyer muka siku aku. Hmmm....terus lengan diikat dengan tali getah. Kapas kebas di sapu ke muka siku, terus jarum di cucuk...Adoiii...rasa mcm kena gigit semut..lepas tu tak terasa apa. Nampak darah seakan-akan berlumba-lumba nak masuk ke dalam picagari. Ada jugak yang terkeluar dari jarum berkumpul di tepi. Murah darah aku ni. Sekejap jer dah penuh picagari 5ml.

Nurse amik tester untuk HIV, dia seakan seperti
upt test. Darah di titik kan ke atas bulatan kecil yang pertama, dan air setitik ke atas bulatan kecil kedua. Lama-kelamaan pengukur bertukar warna. Aku tak tahu mcmana dia ukur tester tu. Tapi yang pasti nurse tu terus bulat kan NEGATIVE kat dalam result. :) Ni first time tgk nurse buat HIV test. Sebelum ni kat klinik lain di tak tunjuk depan patient. Selain dari HIV test, darah yg di ambil guna untuk check penyakit, jenis darah. Tu jer yang nurse bg tau hehehe.

Kemudian, buku merah di letak kembali dalam raga/bakul. Dalam 15 minit aku di panggil oleh Nurse/Sister. Sister kot sebab pakai baju biru. Sister ni baik...cakap pun lembut, dan selesa berbual dengan dia. Sekali sekala ada juga gelak ketawa..tapi aku tak ingat apa yang kami berdua bual kan. Cepat lupa lah aku ni. Banyak sangat makan semut. huahua.

Seterusnya, akhir sekali kena jumpa doktor. Yang jumpa doktor ni bilik dia yang depan sekali kat pintu masuk. Lama jugak lah tunggu dalam 40-45 minit. Sampai giliran aku, doktor suruh duduk. Nama doktor tu Suhana. Manis dan baik orang nya. Dia tanya "Sehat ke hari ni ?" . Aku jawab Alhamdulillah. Mula-mula tu mcm biasa jer. Dia nak pasti kan tarikh aku period bila n nak kira minggu ke berapa.

Lalu di suruh aku baring di atas katil untuk scan perut. Masa scan doktor cakap kecik lagi kandungan aku. Baru dalam 6 minggu. Tapi dia nampak sesuatu pula   di tepi rahim. Ada ketulan FIBROID. Aku terus tanya doktor

"Apa FIBROID tu?"

Sebenarnya aku mmg dah pernah dengar pasal tu tapi saja nak tanya doktor. Dok kata dia mcm ketulan. Tapi tak merbahaya. Dia ada lagi terangkan pasal fibroid, tapi aku tak ambil perhatian sebab rasa takut dah kuasai kepala dan fikiran.

Terus aku tanya " Habis tu nak kena buat macamana doktor?"

Dok jawab " Takper. Dia tak merbahaya. Walaupun dia adalah ketumbuhan tapi tak merbahaya"

Aku lega.....
Nanti nak kena buat research sikit tentang fibroid ni.

Doktor kata aku ni byk masalah:

1. Ada history diabetis masa pregnancy lepas.
2. Ni anak ke-lima (tak faham kenapa kalau anak dah 5  menjadi masalah)
3. Faktor umur. (aku baru 30tahun, masalah ke nak beranak anak ke 5 )
4. Unsured of EDD, sebab kandungan kecil lagi
5. Ada fibroid (ni kena repeat balik utk pasti kan)

Apa-apa pun next month kena datang semula untuk buat check up n scan. Juga tak lupa minum air gula ya!!!

TaTa TiTi TuTu !!






Saturday, December 15, 2012

Mengandung Lagi!

Sah, saya mengandung lagi anak ke-LIMA!. hahaha....

Walaupun tak menyangka akan mengandung semula secepat ini, tapi dalam lubuk hati tetap berasa sangat gembira. Sebenarnya masih serik lagi nak tambah anak..yang ada empat ni pun dah pening di buat nya. Ingat kan nak lah enjoy dulu dengan abah nya...pergi holiday ker berdua...tapi dah kalau ada baby lagi ni nampak nya memang lambat lagi lah nak berholiday berdua. Confirm baby akan menyusu badan dan susah nanti nak tinggal. hmmm.

Aku baru sahaja dapat tahu mengandung minggu lepas semasa cuti-cuti Malaysia (balik Shah Alam jer pun) kitorang. Sebenarnya seminggu buat ujian upt tu dah buat sekali ujian tapi yang timbul hanya 1 line jer....dalam beberapa saat tu nampak jer 1 line terus aku kata

"Confirm aku tak ngandung" - senyum dalam hati

Sebab dalam hati pun kuat kata tak mengandung, maka aku tanpa membuang masa nyer terus jer masuk kan result upt tu ke dalam tong sampah. Kemudian laki aku marah2..bukan lah marah tapi cuma beritahu

"Kenapa tak tunggu esok pagi jer lepas subuh..nanti tak tepat result dia"

Aku ni pulak jenis tak sabar...dan bagi aku kalau ngandung mesti dia tunjuk positif..ni negatif kan jadi tak ler. hahha.

Kemudian masa di Shah Alam, aku tergerak nak beli lagi UPT kali ni aku siap beli 2 terus sebab murah...4 hinggit jer..kalau kat pasir mas mau 8 hinggit hubby beli dulu. Jadi nak mandi untuk solat maghrib tu aku pun test ler. Dalam hati ni berdebar-debar tunggu jalur tu bergerak. Aku nampak garis pertama yang tunjuk negatif dah bertukar biru. Tunggu sekejap jer lagi nak tentukan sama ada line kedua tu bertukar atau pun tidak. Lama-kelamaan aku nampak seakan-akan ia bertukar kepada biru. Dan menjadi semakin cerah pulak. Aku pun membelek plastik pembalut dan melihat arahan petunjuk di belakang. 2 line maknanya positif. Macam tak percaya aku membelek plastik pembalut sambil meletak kan tester dia sebelah petunjuk tu.

"Ya Allah! Sah aku mengandung" aku terkesima kat dalam toilet.haha

Lepas solat maghrib, aku tarik hubby dok dekat aku dan kata kat dia

"Ummi pregnant la"

Bole pulak dia kata "Tahniah". Padahal ni pun keje dia jugak. hahaha. Jadi aku pun kata "Tahniah kat abang jugak!"

Dalam 2 bulan yang lepas gigih juga aku bersenam aerobik kat rumah. Melompat sana lompat sini....kayuh basikal lah. MasyaAllah nasib baik lah tak jadi apa-apa. Nampak nyer rezeki nak dapat baby kuat. Tapi masih jauh lagi perjalanan. Harap2 semua nya berjalan dengan baik dan selamat sampai melahir kan.

Hari Rabu yang lepas aku dah buat buku merah di Klinik Kesihatan Repek. Rupa-rupanya aku ni dah 14minggu!. Tapi belum scan lagi. In Syaa Allah minggu depan baru jumpa doktor di Klinik Besar Pasir Mas. Selalu nya kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas kalau kira ikut tarikh hari pertama period, temph hamil memang tak tepat. Kena scan baru boleh tahu tempoh hamil sebenar.

Okay lah...until here. Nanti kita tulis lagi.

Tuesday, November 6, 2012

SKINCARE METAL FORTIS Naturall 99 | Siapa pernah guna?

Semalam baru beli produk ni...tunggu lah nanti dalam 7 hari kita tengok ada perubahan atau tak..

Kalau sesapa pernah guna produk ni boleh lah bagi testimoni..ok ke ko kan.

Bagi yang tak kenal rupa METAL Fortis ni meh tengok gambar kat bawah ni.


pic google from http://qinsyamiqa.blogspot.com.



ni wajah saya semalam..kenapa nampak mcm kembang je? (tak sedar diri lah tu)

Monday, November 5, 2012

Cuti datang lagi...Destinasi menarik??

Bulan 11 ini adalah cuti sekolah akhir tahun..dan ini adalah saat yang di tunggu..bukan aku tapi hubby ni yg sukaaaaa sgt bila cuti sekolah..lebih2 lagi cuti akhir tahun lebih kurang sebulan setengah. Bahagia nyer jadi cikgu ni kan!

Jadi ke mana kah kita nak pergi masa cuti sekolah nanti?...hmmmm...tu yang dok pikir2 ni...dengan keadaan kewangan sekarang ni kami kena fikir kan byk faktor sebelum berjalan ke mana2. Semua kena berjimat, yer lah kan skang suami sorang jer yg bekerja.

Antara destinasi menarik yang di suggest kan oleh hubby:

Singapore? (rasa banyak juga belanja ni)
Pulau Tioman (pulau pantai timur tengah musim tengkujuh jadi pegi yg belah barat lah)
Batam (hubby yang beriya sangat nak ke Batam)

Sesapa ada cadangan yang lain..boleh lah share kan!

Dah Beres Kerja Ku

Hari ini aku mengambil kesempatan yang ada untuk buat segala urusan yang tertunda. Kebetulan mujahid ada ambil hadiah untuk anugerah kecemerlangan SK Sri Kiambang Pasir Mas. Jadi anak2 aku yang kecik tu letak kat umah mak mertua. Kat umah mak ada kakak ipar yang boleh jaga mereka. Maka senang sikit aku nak ke sana ke mari.

Mata pelajaran Agama Islam Terbaik

Kemudian dalam pukul 10:30am majlis pun habis. Jadi aku terus ke bandar pasir mas beres kan kerja apa yang patut.

1. Mula-mula ke JPN amik MyKad aku dan MyKid anak2 yang hilang sebab purse aku kena ragut 2 bulan lepas.
Kes ragut ni aku memang tak story dalam blog ni.

2. Ke CIMB buat Debit Kad. Sekejap jer dah siap Debit Kad. Tak perlu tunggu surat dah. Terus leh cucuk atm.

3. Ke Tabung Haji buka akaun anak2 juga akaun aku (dah tua baru nak buka TH haha)

4. Ke Mahkamah untuk sain borang Pesuruhjaya Sumpah.

Pkl 3pm semua selesai, jadi apa lagi balik rumah, rehat,,, petang nanti baru amik budak2 tu.

Abg Marwan dengan Maggi Celup..peneman umi untuk hari ini.

Menu umi pula Nasi Air nyum3...

Gigih akak ni kerja..byk akaun tu nak kena buka hihihi

Mahkamah Pasi Mas...nak cop cuma ke kaunter ni jer..senang kan!

Sunday, November 4, 2012

Mikaiel::DiaperLess

Salam

Hoorayyy!!! saya dah bebas dari PAMPERS di punggung ! hehe

Umi dan abah nyer sebenarnyer yang gembira sesangat..sebab dapat lah jimat sikit kos sara hidup budak kecik sorang ni kan..kahkahkah.....

Apa dia?? tanya mcmana aku potty train mikaiel?? hmmm .. aku ni malas nak tulis entri panjang2. masa nak mula tulis entri ni pun tunggu sebulan jugak lah baru boleh nak mula hahaha..dah jadi suri rumah makin malas nak menulis kat blog sendiri....aku lagi suka baca magazine dan relaks kan diri kalau ada masa terluang..tapi aku tak lupa juga menjenguk ke blog kengkawan..cuma aku tak tinggal kan komen jer di sana..hehe..jangan mare ler yer! hehe

Sejak aku sudah tidak bekerja lagi aku telah memgambil langkah bijak ( hehe bijak lah sangat kan, rasa nyer semua orang akan buat mcm aku kan kalau dah jadi housewife) iaitu melatih anak bongsu aku tu untuk tak pakai pampers lagi. aku mula latih dia selepas hari raya aidilfitri yang baru lepas ni. masa tu umur dia ialah 2 tahun 6 bulan.

kalau nak cakap pengalaman anak2 yg sebelum ni aku pun dah terlupa umur berapa diorang diaperless n macamana aku train. almaklum lah...yg mujahid dah 7 tahun sekarang...yg marwah pula 5 tahun tapi dia masih lagi pakai pampers sebab tak pandai lagi cakap nak kencing tu kena slow2 sikit.

Nak di pendek kan cerita, aku ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk train mikaiel sampai dia betul2 boleh cakap nak kencing berak semua. mula nya mcm rasa tak yakin dapat ajar dia seawal umur 2 tahun setengah, dan dalam minggu pertama tu aku sangat stress sampai dalam bilik air tu menimbun seluar pendek yg bocor dek kerana tak sempat nak ke bilik air atau terkucil kat mana2. hahaha.....

kadang2 kalau dia terkucil tu rasa nak marah pun ada tapi selalu cakap kat hati SABAR, SABAR!! adoiii .... dan selalu cakap boleh ker aku buat ni...dan kadang2 mesti tergerak nak pakai kan pampers jer..senang ambil langkah mudah..fikir2 blk kalau tak ajar sampai bila tak sudah dok pakai pampers jer kan....

jadi sekarang dah lebih kurang 2 bulan mikaiel diaperless...cuma malam jer tido pakai pampers. Siang tido pun aku tak pakai, cuma lapik kan toto dengan plastik kat dalam dia. masa tido siang dia akan terjaga kalau nak terkencing dah akan jerit kata "Umi nak kencing!!!"..... dia akan cakap dgn kuat supaya aku akan cepat2 bawa dia ke toilet. haha.

Cuma nak share  kat sini satu tips, kita kena selalu tanya dia kalau dia ada rasa nak kencing atau tak? dan dalam 2 jam sekali kena bawa terus ke toilet..kalau baru lepas minum susu bawa lah lepas setengah jam minum ke toilet.

Skang ni mikaiel pun dah advance....boleh pergi bilik air sendiri, cuci sendiri ( kecuali berak lah). tapi aku akan monitor dia...cuci sekali lagi..saje je bagi can dia cuci sendiri kalau tak bagi ada pulak yang buat drama dalam bilik air. haishhhh.

Ingat nak letak gambar mikaiel tapi linie broadband ni slow sgt. Jadi sampai sini shj entri untuk kali ni yang nak di kongsi.

See Again!!


Saturday, September 1, 2012

Seronok ke jadi WAHM???

Salam,

Mata tak mengantuk jadi boleh lah menulis sikit malam ni (dek kerana penangan air nescafe lah ni, mta ku tak dapat lelap)...hubby pulak main futsal tengah malam ni...jadi boleh tunggu dia sekali blk..then baru tido.

Secara officially nya today aku dah jadi seorang suri rumah sepenuh masa...kalau ikut kan my last day ialah pada 31st August...tapi ada byk cuti berlebih maka dapat lah berhenti awal sikit dan bercuti raya sakan dengan famili...hehe..my home sweet home now is at PASIR MAS KELANTAN.

Best sebenar nya jadi full time h/wife ni walaupun penat haha...jadual kerja ku bermula seperti aku bekerja dulu juga..maksud nyer memang kalau tak keje pun kena bgn awal jugak siap kan anak2 dan suami nak ke sekolah...urusan hanta ambil anak memang dah jadi tugas aku setiap hari.....tapi yg kelakar nye setiap hari pasti anak2 ku akan terlewat ke sekolah dek kerana nak mengangkut semua anak2 masuk ke kereta dan macam kerenah2 di buat nyer ..lebih2 lagi yg paling kecil tu....sambil aku nak kunci pintu mesti ada jer kerja yg dibuat nyer mcm buka air paip dan siram rumput liar yg memang dah subur di halaman rumah aku tu....adoiii pening kepala di buat nyer..nanti ada pulak sorang lagi terjerit kerana berebut nak menyiram juga...hmmmm.....mana tak lewat setiap hari. haha.

Lagi satu setiap hari pening memikir kan apa menu nak masak untuk anak2 dan suami bila diorang pulang dari sekolah nanti...bagi suami aku, aku tahu ulam, budu dan ikan tawar memang dah jadi feveret nye setiap hari...maka tak susah untuk di sedia cuma kena tambah sikit lagi lauk sebab anak2 tak makan ulam dgn budu mcm tu..hehe..jadi aku selalu masak tomyam campur..dan kadang mak mertua mesti akan suruh aku amik lauk kat umah dia untuk bawa balik....umah mak mertua dgn umah sewa ku tak jauh..lebih kurang 10 minit perjalanan shj. Dan sekolah anak2 pun berdekatan shj dgn umah mak...maka tak jadi masalah kalau nak singgah ke sana setiap kali.

Suami pulang lebih kurang dalam pukul 3 lebih ptg....kdg makan tghari terus kdg lepas asar baru mkn...dan rutin harian belah petang pasti akan berkunjung rumah mak mertua untuk riadah anak2 dan juga ibu bapa nyer sekali. Rasa tenang kalau dapat jejak kaki ke umah mak setiap petang, merehat kan minda lah katakan. Dengar celoteh mak dan jugak kakak dan adik ipar yg menggeli kan hati, boleh buat kan aku hilang rasa rindu terhadap mama dan abah di Shah alam. Di sana juga anak2 ku boleh berjumpa dengan sepupu2 mereka dan bermain bersama. Setiap petang boleh di katakan aku dan adik beradik ipar akan bertandang ke umah mak..walaupun tak semua tapi ada lah sorang dua yg selalu ke sana juga. Di sebab kan mereka juga bekerja, maka anak2 yg bersekolah akan di tumpang kan dahulu di umah mak sebelum pulang dari bekerja.

Rutin malam, anak2 wajib mengaji terlebih dahulu sebelum apa2. Selalu aku yang mengajar, sebab suami dah penat bekerja seharian, jadi aku ambil alih tugas mengaja lah pulak. (hubby boring dah seharian dok ngajar budak kat sekolah kan). Kadang2 anak2 sempat makan, kadang2 tak sempat sebab tertidur kepenatan. Tapi aku akan periksa buku2 mereka kalau ada kerja yang tak siap, jadi esok pagi2 aku akan ambil kesempatan masa sebelum ke sekolah untuk bagi tahu mereka adakah kerja perlu di siapkan..kalau ya aku akan suruh siapkan dulu sebelum hantar mereka ke sekolah.

Waktu tidur ku tidak lah terlalu lewat, secara purata aku tido pukul 12 malam...tapi aku seboleh akan cuba bereskan dulu kerja rumah yg tergendala especially pinggan mangkuk yg ada di sinki perlu di bereskan dulu supaya esok tak rasa frust untuk bersilat kat dapur..hehehe...kalau kain baju tu mmg lambat sikit nk beres sebab air guna pam jadi tak dapat nak cuci malam masa tido..nanti membazir elektrik sebab pam terpasang sepanjang masa. Lantai yg melekit kalau sempat dan tak penat aku akan mop waktu malam juga supaya esok tak perlu mop lagi. Tapi kalau ada anak kecik ni memang satu hari mop ada lah 2-3 kali sebab diorang suka sgt makan nasi nak bawah dan bersepah butir nasi tu...hehehe...

Apa lagi rutin harian ku..hmmm...nanti kita cerita lagi ya... Selamat Malam.






Tuesday, August 28, 2012

Syawal 1433H

Assalamualaikum....

sebelum kita bercerita panjang dalam blog ni kan...meh kita letak gambar raya hari tu..hehe...next entry baru kita story panjang-panjang...skang ni aku busy menjadi suri rumah sepenuh masa..memang betul lah suri rumah ni lebih sebok dan penat dari kerja kat luar tu..

Selamat Hari Raya semuaaaa!!!!

Monday, June 25, 2012

Balik kampung naik bas

Salam,

Alhamdulillah cuti yg apply last minit approve juga. Ye lah bln depan tak dapat nak amik cuti sebab officemate nak g umrah Dan sorang lagi nak g bercuti.

Jadi minggu ni tak ada orang cuti maka bos pun dengan senang hati melepaskan lah aku pergi.

Cuti Kali ni aku Dan anak-anak Marwah Mikaiel ambil peluang balik kampung hubby Kat Pasir Mas. Nak jenguk macamana lah keadaan mereka Kat sana. Rasa dah sebulan Marwan Mujahid bersekolah kat sana. Dalam telefon macam-macam yang bag tau, kena buli lah, kelas bising tak boleh belaja lah, buku takder la. Naik risau umi dia ni dengar.

Aku balik kg hari Sabtu malam ahad tu. Walaupun keje hari tu tapi sebab tak sabar, lepas keje tu terus siap2 blk kg. Ni first time aku naik bas dengan anak. Anak kecik pulak tu. Sebelum tu dok fikir boleh ke aku handle 2 orang ni. Tapi tawakal jer lah. Hopefully bas malam diorang akan tido jer sepanjang perjalanan.

Memang betul diorang tido jer. Yang plg best kakak marwah memang tak sedar apa. Mana tak nyer, dia dapat satu seat dok sorang. Soh share ngan adek marah, tapi kakak mmg macam tu. Dia tak selesa kalau berselisih kaki ke badan ke. Memang akan mengamuk. Jadi kaiel dok atas riba lah ngan aku.

Dalam bas memang aku dah siap2 kan bekal, keropok. Coklat yang plg penting susu. Buat sebotol jer dah cukup diorang ni samapi pkl 5 pg.

Cuma mikaiel jer sblm pkl 10 nak tido tu, dia sebok nak jalan Kat temapt laluan bas Kat tengah. Melalak nak ke situ, aku pun biar. Bila bas brek tersungkur dia ke depan. Ha baru lah takut. Aku pun terus peluk tepuk2 bg susu suruh tido.

Sepanjang perjalanan aku tido jer.budak2 ni pun tido memanjang. Sampai berhenti Kat Meraphoh pun aku tak sedar. Nasib baik tak rasa nak kencing. Kalau tak susah pulak nak berangkut beramai-ramai gi tandas. Hehehe.

Sampai p.mas pkl 5. Abang dah siap tunggu Kat muka pintu bas. Dari jauh kaiel menjerit "Abahhhhh!!!!!". Rindu betul Kat abah.

Bestnyer, bercuti seminggu. Dapat bersama keluarga, lengkap satu famili.

Sunday, June 17, 2012

Mereka ke sekolah baru

Salam,

Update blog lah arini...buka blog dengar lagu yang romantis ni buat hati aku jadi sayu pulak..al maklum lah buah hati aku jauh di mata. Tapi skang ada banyak teknologi jadi sentiasa 24 jam berhubung jer sokmo.

Selepas my holiday trip from Krabi selasa lepas hubby pun pulang lah ke kampung. Dia pun nak mula dah mengajar sekolah baru. Juga anak2 ku yang dah mula kan pembelajaran masing-masing kat sana.

Sekarang takder mood nak citerpasal cuti2 malaysia..aku sgt teruja nak bercerita tentang anak2 di kampung dan  orang yg ku sayang iaitu en suami.

Sebelum hubby pindah dia dah siap2 belikan aku hp satu lagi utnuk aku pakai line. Supaya senang nak online sentiasa bila2 masa (sebenarnya dia nak monitor aku hahaha). dengan hubby pun pakai 2 handphone mcm aku. Dua2 senang nak online. Jadi bila dah ada line kat hp ni dok asyik ber WhatApps jerrrrr...tapi aku sukaaaaa...because I really missss himm .. always...even in my dream (hisshhh berjiwang pulak).

Sambil Whatapps dok sent gambo jer memanjang..hehehe...buat aku terasa dekat dengan dia.

 Marwan posing kat moto. Sawah padi belakng umah mak. Best kan kampung ada sawah padi. Aku berangan nak buat umah kat sawah padi hehehe. Sejuk jer berangin :)

 Tu moto yang di bawa dari KL terus ke kelantan. Drive sendiri tu. Takde main pos2 dah. hehehe.

 Ni gambaar hubby sent masa diorang dok solat maghrib. Yang imam tu Abg Marwan. Hubby kata Marwan siap baca surah Wadduha masa rakaat pertama, rakaat kedua surah Al Falaq pulak. Alhamdulillah....dah berani untuk jadi imam. kalau tak dulu masih malu2 lagi. Ada hikmah dok kat kampung. Boleh belajar berdikari dan latih diri untuk disiplin.

 Masa ni hubby pegi majlis Isra Mikraj. 

 Majlis berlangsung di seklah tahfiz ini.

 Yang ni pulak aku sent kat hubby. Kakak Marwan di pagi hari sudah main kat luar.

 Jugak adek Mikaiel. Suka main tolak basikal dia hehehe.

 Pagi semalam hubby gi tgk bola dekat dgn umah. Ni aktiviti yang dia suka :)

 Hahaha..jangan marah..apa yang aku makan pun aku tunjuk kat hubby...Sodap kata nyer.

 Yang ni faveret hubby Air Tuak hehehe

 Mujahid selepas di bojengg botak

 Ishhh...comot nyer anak aku..ni lah kalau mak nyer takder.. tak terurus dah aku nengok nyer.

Di hujung umah tulah tempat selalu anak2 aku dok main dengan sepupu2 dia.

Hari ni first day Hubby ke sekolah selepas bercuti seminggu ke Krabi. Aku doa kan semoga dia dipermudah kan untuk mengajar. Kena ngajo bahasa arab kata nyer. Naseb lah bang...belajar sekali yer sambil2 dok ngajar murid tu. Agak nyer murid lagi teror dari dia kuikukui..jgan marah I gurau jer...
How I Wish U are beside Me.. miss you.
Bye. Wassalam.
Sekian.

Saturday, June 9, 2012

Nak let Go kasut


VOIR size 7
Let go for RM45
Used only twice
Reason let go tak biasa pakai high heel.
Condition sangat baik.
berminat sila email
farah.ikin@gmail.com

Friday, June 8, 2012

ini yang buat aku sedih


tapi yang sedih sekali sebab terpaksa berpisah dengan anak2. huwaaa!! tak sanggup. tiap malam aku menangis!!
:-((

Wednesday, June 6, 2012

khabar dari kampung...

 Salam,

Gambar di ambil oleh suami dari kampung buat pengubat rindu. Suka je diorang dok kat sana ye. Umi dia yang susah hati dok sedih , nangis kat sini :(.

Minggu depan dah nak masuk sekolah. Cik suami dah settle kan urusan pertukaran sekolah. Alhamdulillah dapat sekolah yang kami minta. Sekolah tu juga sekolah sepupu-sepupu diorang ni. Seronok lah dapat sekolah sesama. Sesupu pun sebaya, boleh belaja2 sama..harap harap belajar lah anak2 aku nanti. Jangan asyik main ajer memanjang.

Aku dah pesan kat cik suami, aku amanah kan pelajaran anak pada dia. Kena pasti kan mereka pergi tusyen dan ul;angkaji pelajaran. Selalu nya semua tu aku yang buat, tapi dah umi dia dok jauh , jadi tanggungjawab beralih kepada si Abah pulak yer. Umi tau abah boleh buat semua tu , kan!!!

 Abang Marwan ...peace!!!!

Abang Mujahid!!!!



Tuesday, June 5, 2012

rindu pada blog saya

Assalamualaikum,

rindu kat blog!!..tapi saya sebenarnya rindu kat anak2, suami sebab mereka sedang berjauhan dari saya. Nak story sekarang takder mood lagi. Mood ke laut kata orang. hehehe...

tapi yang pasti sejak dua menjak ni banyak yang berlaku..perkara yang tak di sangka akan berlaku..terjadi juga.yang tak ku jangka tapi kena hadapi nya dengan tabah dan sabar.

Dengan sokongan dari suami aku gagah kan juga dugaan ini...Semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dan aku redha dengan kehendak yang Maha Esa..semoga di murah kan rezeki kami sekeluarga dan dijauhi dari mala petaka. Ameen.

Untuk suamiku tersayang. salam rindu dari jauh. Jauh di mata dekat di hati.

Wassalam

pic from google

Saturday, May 26, 2012

Thanks

Salam..

Lama tak menulis...today  dah public kan my blog.
sebab sebelum ni blog under construction.. so tak leh lagi nak reveal kat readers.

So..here it is my new blog template..Thanks a lot to Ida from KraftyPalette for the lovely template.
And Ida is my saver after i accidently remove myself from admin...Luckily Ida still admin and she add me back. Fuhhh...terkecut perut tadi bila fikir blog i akan terkubur jadi peringatan...but now Alhamdulillah semua dah selamat..:P

See you all again in my next entry .. bye!

Thursday, April 5, 2012

remove blog header and i learn how to center blog title

salam to all....

Sekarang aku sedang menunggu aku punyer new blog design template siap. Aku tempah daripada KraftyPalete. Boleh pergi ke link kalau nak tengok hasil kerja beliau. As for me aku sangat suka hasil kerja beliau. Jatuh cinta pandang pertama kata orang tu... T_______T.

since header aku yang lama tu dok papar gambar anak2 ku masa diorang kecik, jadi aku pun remove lah header tu. Aku soh Ida (from KraftyPalete's owner) create a new header. Gambar2 yang aku bagi pada Ida tu semua aku main rembat jer dalam hardisk mana yang ada. Hopefully ida boleh create header yang cun dan meletoppp yekk...hehee

So after remove header...kat atas blog tu jadi blank jerrr...Maka aku pun lah letak tag line aku sendiri yang terus keluar dari otak ni...tapi at first the header blog title to jadi ke tepi belah kiri...puas aku edit html tu nak bagi dok kat tengah...

Untuk cepat malas nak fikir edit2..aku pun google jer...(ada teknologi masih lagi nak pening kan kepala kannnn)...lalu terjumpa lah satu discussion group ni

++++++++++++++++++
Letak kan code di bawah pada CSS code anda. Tolong ingat untuk back up template anda terlebih dahulu. In case kalau CSS code anda tak menjadi.(telah di alih bahasa kepada bahasa yang mudah di  fahami. i refer to this link.

header
{
 text-align:center;
 position:relative ;
}
++++++++++++++++++

Sebagai contoh yang aku dah buat. Sila klik picture untuk tumbesaran yg lebih besar (betul ke ayat ni):


Yang ni sebelum add CSS code. Lihat betul2..tagline aku "pena di alam maya" yang aku highlight kotak merah jadi ke sebelah kiri page kan...dan lebih teruk lagi ia terlindung dgn button The cutest blog on the Block. Tak ke cacat kan pemandangan anda semua. :)

After add CSS code. Kan lebih cantik.Baru lah sodap mata ni memandang. Pada yang tak tau nak gi mcmana ke Add CSS code leh refer to this link. . Kita boleh jarak kan header title tu ikut suka kati kita. Cuma edit CSS code contoh :


header{
 text
-align:center !important;
 position
:relative;
 left
: 130px;
}

Kita boleh edit berapa px yang kita nak title tu supaya move either left lebih or right lebih. anda akan nampak perubahan serta merta pada layout review bila buat perubahan px.

Ilmu yang sangat berguna bg aku..dah harap pada orang lain.

Wednesday, April 4, 2012

shaklee

:-) tak sabar nak mula makan..ada perubahan ke nanti? ;-) kita tunggu dan lihat :-D


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, February 16, 2012

ragam orang

Salam....

masa ni aku sedang rehat dok depan tv...selepas bertungkus lumus melayan anak2 untuk ke sekolah..macam-macam hal tentang anak2 ini...kadang2 tu aku cuba nak jadi seorang ibu yang lemah lembut or penyayang ...tapi alahai susah betul .. budak2 ni tak makan saman lah...nak kena aku jerit jugak...agaknya jiran2 mesti kata aku ni suka tengking anak dan panas baran...tapi memeng tak boleh lah nak lembut2 ...

bukan lah kata kita ni kena kejam dgn anak2 tak tapi ada masa tu kena lah garang sikit kalau tak anak kita ni leka dan jadi manja tak bertempat pulak...nanti dah besar kita jugak yang susah....anak tak pandai berdikari...pinggan makan pun tak reti nak angkat....tak reti nak kemas bilik tido...tak reti nak susun buku sekolah...tak reti nak pakai baju...ishhhh macam2 hal anak2 ni....

tu hal anak..tapi nak citer ni bukan pasal anak2..tu luah jer pasal anak2....selepas anak ke sek agama pagi tadi...aku dan suami pergi ke JPN untuk renew IC...di sana aku tunggu dalam sejam untuk unutk buat ic dan amik gambar sekali....servis pada aku ok...nombor agak laju tak lembap..

tapi nak cerita ni tentang org yg datang buat ic tu..macam2 ragam aku tengok..dari segi pemakaian lah..yang tua yang muda macam fesyen...nak tgk fesyen ni tak kira di mana ya..tapi sebab aku dah ke jpn tu macam ragam boleh nampak...yg tua ada yg tak sedar diri...geleng kepala jer...aku cuma kataya Allah semoga aku tidak tergolong di kalangan orang seperti ini...Ameen...aku tak nak cakap macamana tapi aku cuma amik peringatan untuk diri sendiri.

Salam.

Sunday, February 12, 2012

Saturday, February 11, 2012

litlle helper

Aktiviti di rumah..si kecil sebok menyeret kerusi sambil panjat sinki..suka sgt dia main air..sampai umi terpaksa sorok kerusi kat yard blkg umah..kdg sian pulak dok nangis rayu kat umi nak panjat kerusi..hihihi

Bdk usia ni mmg suka main air agaknya..tu tak termasuk dgn main dlm bilik air.

Dan mikaiel kalau dgn kakak nya lagi dia menjadi..pantang lepa

Dua beradik peneman umi di dapur..kdg2 ternaik juga suara umi di dapur ni..mana tak nya tetiba pisau pemotong ada di tgn kakak..mana tak seriau umi dia.

Cuti dari keje aku mmg akan masak utk tghari dan sometime bawa lauk tghari ke malam..kdg2 je tambah sikit lauk2 yg simple utk back up kalau tak cukup.

Lagi 2 hari nak cuti..sabar yer shikin!!!!

Actually entri ini di sertakan bersama gambar si cilik dan si kakak membantu umi di dapur..tapi kenapa pic tak keluar .. rasa aku dah select pic yang aku nak tadi..tapi takper lah


Published with Blogger-droid v2.0.1

short update ( bagi yang rindu..yang tak rindu gi jauh2..hehe)

Assalamualaikum WBT....

Aku sangat rindu untuk update blog aku yang usang ni....and tadi aku baru habis membelek-belek entri2 ku yang lepas-lepas....selepas baca seakan ada semangat pula nak menulis di dalam entri baru...ehhh jiwang pulak hehe.

Apa agak nyer aku nak cerita yer....butttt actually banyak sangat yang aku nak cerita..and banyak actually yang terjadi sepanjang bulan lepas and awal bulan ari tu....hehehe

Contohnyer anak bongsu aku tu Mikaiel dah masuk 2 tahun dan kami sekeluarga ada lah buat majlis harijadi untuk dia...majlis yang kecil jer tapi amat meriah dan kami sangat enjoy time together with all the family member lebih2 lagi my sister yang duduk kat Kedah pun balik jadi kami ambil kesempatan buat makan-makan untuk keluarga dan jiran2 terdekat.

Tapi tak dapat nak cerita panjang lebar lagi...i got some work to continue...will  chat about it later ..bye tata titi tutu!!!

ps: i'm in losing stage...mission in losing weight stage..hehehe (malu nak citer kat blog hahaha)

Tuesday, January 24, 2012

bila stress...kita shopping

Salam...

bukan nyer stress apa pun....bila orang yang kita sayang jauh kan..... mula lah fikir macam-macam ... hehehe...dia tak rindu kat aku lah...tak ingat kat aku lah...(fuhhh please tolong pegi that feeling)..alahai cepat lah cik abang balik...ana rindu sama anta lahhh!!

Jadi untuk menghilang kan stress tu mari lah kita pergi..  Shopping...hehe

Location : Bukit Raja Jusco
Bersama: Adek ku..

Total lost today ialah:

beli seluar VOIR 139.00 - 70% = 41++ (kira sendiri yer..malas i nak tgk resit)
beli berus jamban = 4.90 - 10 % (murah kan..ganas aku basuh jamban sampai patah berus tu)
beli cermin bilik air = 15.90 (beli cermin besar sikit....dalam bilik air aku tu ada owner lama punyer yg aku mcm geli sikit nak guna...soooo aku letak kat bilik air anak2+hubby aku...aku guna sorang jer bilik air aku)

repair jam guess kesayangan = 5 bg aku murah sgt sebab dah lah kedai city chain..then tukar spare part 2 barang..hmmm..mmg budak yg tukang tukar tu sgt baik...dia siap kata bukan 50 kak 5 hinggit jer...bolehhh.

beli bantal aku n hubby yang aku rasa dah sepuluh thn tak tukar ( sayang sebab itulah beli masa baru2 kahwin nyer kenangan ... katil dah ada bantal jer takder hahaha )

beli berus kaki untuk buang kan kulit2 kaki yg merekah tu kan..rasa tumit ni boleh buat sagat jer..adoiii = 4.90
beli loofah untuk buang daki kat celah2..ikut lah celah mana pun...suka hati kamu jerrr = 4.90

beli kain kecik pakai dalaman  .. hehe ada less 20% total dalam rm 25

beli susu anak... ha yang ni mmg wajib ... dan sebab utama keluar pun sebab nak beli susu.. so ada lah alasan kan...hehehe aku beli 4 pack terus sebab ada clearance pack rm18.99 ... normal price 23++.

last but not least and very important thing yang aku nak beli sejak dulu lagi .. sejak aku punyer benda ni rosak..
ialah mesin timbang...hahaha rege dia RM39.90...berangan nak beli yg digital..ahhh tapi apa beza nyerrrrr...asal dapat tgk berapa berat aku sudah....bukan leh kurang berat pun kalau dapat yg digital punyer timbang kannnn....jejeje

gambar takder yer..sebab aku malas nak amik gambar/upload gambar...hahaha....baca jer yer.



Sunday, January 22, 2012

Akikah dan Cukur Jambul ~~~ Khairina Irdina ~~~

Salam.....walau pun dah lama majlis ni berlalu tapi nak cerita jugak...masa lepas majlis ni aku memang tak sempat bebenor nak update blog...jadi ada mood and time boleh lah kan nak cerita dalam blog kesayangan aku ni....

Gambar Khairina yang latest...ops lupa nak announce ni anak sedara aku yg baru lahir bln Nov last year...Nama nyer KHAIRINA IRDINA...aku grab from FB adek aku...comel sgt ... dah besar pun dia yer....dok kat Kedah skang ni dengan nenek nyer (adek aku dok Jitra)
Kenangan semasa hari pertama Khairina lahir di Hosp Sg Buloh...sama tempat aku lahir kan Kakak Marwah.

Masa ni waktu majlis belah pagi...belah pagi kitorang buat sesi untuk tetamu dan kawan. Belah malam untuk orang masjid.
Bahan2 untuk cukur jambul..aku tak tau lah ni adat mana...tapi laki aku dok bising nak buat apa sumer benda ni...yang aku dok tengah..tak tau nak belah mana2 

Dua2 atok sedang bawa keliling tetamu utk cukur jambul

Thursday, January 19, 2012

tahun baru 2012...rumah baru...sekolah baru...

Assalamualaikum,

Entri pertama di tahun 2012...hehe..lama sangat tak update blog..tak tulis entri baru...baru 19 hari di tahun baru ini...tapi banyak yang terjadi sepanjang 19 hari ini...dan banyak yang mengubah rutin harian kami sekeluarga....dan Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar.

Pada malam tahun baru kami sekeluarga telah selamat pindah rumah baru..rumah atas tanah..hehehe...walaupun rumah itu bukan rumah sendiri maknanya kami hanya duduk menyewa...tapi sangat bersyukur sebab urusan harian banyak dan jauh lebih mudah lebih2 lagi aku dan hubby dah tak perlu berulang alik ke Shah Alam - Kajang untuk hantar anak2 aku kakak Marwah dan Mikaiel.

Sebab nya aku dah pindah dekat ngan umah mak aku...belakang umah mak aku jer...syukur sangat dapat dok dekat ngan mak kita..tulah susah2 kat mak ayah juga minta tolong kan...memang besar jasa mak ayah dari kecik sampai ke besar panjang dah jadi mak pun anak sulung dia ni tapi mmg tetap Sayang juga...dah anak kan sapa tak sayang anak....hehe

Alhamdulillah juga sebab tak sangka permohonan pertukaran sekolah hubby secara last minit dan secara manual (skang sumer dah online kan...tapi ada masalah teknikal sebab tu tak dapat apply online) berjaya juga...jadi menambahkan lagi kegirangan kami sekeluarga untuk pindah dari umah lama kami tu..hehehe (macam tak suka dah nak dok umah lama jer bunyi kan ... )....

hubby kata dia hepi dok kat sekolah baru tu....hopefully abang dapat keje dengan gembira dan rajin pergi sekolah yer!!!...bukan budak jer malas...kadang2 cikgu pun malas tau!!! hehehe...tapi ada sebab bukan sesaja malas yer......tapi aku still lagi kat ofis lama di bukit jalil..walau jauh tapi tetap ku harung jua..hehehe..aku sanggup demi anak2 dan keluarga ku.

Urusan pertukaran sekolah anak2 pun berjalan lancar...dan sekarang diorang sekolah di TTDI Jaya Shah Alam...walaupun tak dapat sekolah yang dekat dengan umah (yg plg dekat sekolah dekat bkt jelutong) tapi sek ttdi pun tak der lah jauh sgt...dan persekitaran serta cikgu nampaknya bagus. Anak2 aku Marwan dan Mujahid pun seronok jer pergi sekolah....tahun ni marwan dan mujahid satu sekolah darjah tiga dan darjah satu...jadi ada kawan lah diorang.naseb baik dua2 tu satu sesi petang jadi senang nak manage. Yang sekolah agama belah pagi pun dekat sgt dgn umah...dalam tak sampai 1km...yg ni senang abah dia nak amik..abah dia pun belah petang sekolah lagi senang keje.

sebelum ni tak dapat nak update blog...sebab mood aku ke laut...pening kepala dan sangat letih seluruh badan...tau2 jer lah urusan nak pindah rumah mmg memenatkan especially kalau pindah umah tinggi ni...MasyaAllah ... tuhan jer yang tahu penat nyer proses pindah dan prosses nak punggah barang.


Dan sekarang segala dah settle...rumah dah terurus kembali...sumer barang dah punggah dan susun especially pinggan mangkuk dan kain baju...thanks tu suami tersayang byk tolong aku kat umah dgn anak2 dan settle kan banyak urusan...tanpa mu patah sebelah kaki ni rasa....ok......hmmmmmmmmmm...tak tau nak citer apa lagi...gambar umah ada tapi tak leh nak upload sebab dok opis..lain kali InsyaAllah.......


Sunday, January 1, 2012

Mini Mall

Hi All,

Terima kaseh sebab anda sudi untuk klik link My Mini Mall.
Tapi harap maaf buat sementara waktu ini stuff untuk di let go or untuk di jual tidak di buka lagi.

Insyallah saya akan sentiasa update my mini mall ini jika ada barang yang masih elok dan cantik untuk di jual.

Update on : 26/5/2012

Photo Collection

Sebagai pembuka tirai my Photo Collection i put myself and my husband picture :)

Us @ Bandung Mac 2012

About Us

Assalamualaikum....

A very short note about my self. Full name is Farahashikin Ismail. I am a wife to Hesham Mahyidin. A mother to 4 kids Marwan 9 yrs Mujahid 7 yrs Marwah 5 yrs Mikaiel 2yrs.

I am working as an IT Support to Scope International Sdn Bhd and my husband is a teacher at SMK Subang.

For those who like to know me better please find me at the following network :)

Facebook Id and Yahoo email : farah_ikin@yahoo.com
Gmail and Gtalk: farah.ikin@gmail.com
Twitter: Ashikin6

All above is the only network i have, and I really appreciate and welcome everyone to be friend with me.

This blog is a place where I story about my life as a mother, wife, career thing and anything which cross over my  mind. What I wish and dream also will be written here. So for those who feel uncomfortable on my post and my writing you are advice to leave my area.. LOL. Here is a place for my husband to read all my babble and it will be our memory throughout our life.

Sometime I feel very appreciated when him always ask me to update my blog and tell him a story in my blog about what recently happen in our daily routine. hehehe.. for me is it so sweet and lovely. But dear husband i think u understand right... my work is not a normal practice by you and most of working woman.. Ya!! I worked based on shift ... I really hope that i can end this thing but for the sake of our sustenance and living cost in KL i have to be strong and do my best. If you are capable enough to support us me and kids I will quit my job and sit at home for just entertain you like you always said want me to stick with you all the time like when when we just married 10 years ago...hahaha.

Ohhh...dont realive i had write not a short but almost a deep about of my self .. but whos care! this is my authority..i conquer and i free to write anything!!! correct right???
hahaha....okay.. I will end this post about me, about us with Bismillahhirramannirrahim.

Assalamualaikum.....

p/s: this time i wrote in English..who know i have reader from other country. And actually I do hehehe...for those who are not uderstand malay please leave me a message if want me to translate anything. but dont request other than english okay. Thanks All.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.