Monday, June 25, 2012

Balik kampung naik bas

Salam,

Alhamdulillah cuti yg apply last minit approve juga. Ye lah bln depan tak dapat nak amik cuti sebab officemate nak g umrah Dan sorang lagi nak g bercuti.

Jadi minggu ni tak ada orang cuti maka bos pun dengan senang hati melepaskan lah aku pergi.

Cuti Kali ni aku Dan anak-anak Marwah Mikaiel ambil peluang balik kampung hubby Kat Pasir Mas. Nak jenguk macamana lah keadaan mereka Kat sana. Rasa dah sebulan Marwan Mujahid bersekolah kat sana. Dalam telefon macam-macam yang bag tau, kena buli lah, kelas bising tak boleh belaja lah, buku takder la. Naik risau umi dia ni dengar.

Aku balik kg hari Sabtu malam ahad tu. Walaupun keje hari tu tapi sebab tak sabar, lepas keje tu terus siap2 blk kg. Ni first time aku naik bas dengan anak. Anak kecik pulak tu. Sebelum tu dok fikir boleh ke aku handle 2 orang ni. Tapi tawakal jer lah. Hopefully bas malam diorang akan tido jer sepanjang perjalanan.

Memang betul diorang tido jer. Yang plg best kakak marwah memang tak sedar apa. Mana tak nyer, dia dapat satu seat dok sorang. Soh share ngan adek marah, tapi kakak mmg macam tu. Dia tak selesa kalau berselisih kaki ke badan ke. Memang akan mengamuk. Jadi kaiel dok atas riba lah ngan aku.

Dalam bas memang aku dah siap2 kan bekal, keropok. Coklat yang plg penting susu. Buat sebotol jer dah cukup diorang ni samapi pkl 5 pg.

Cuma mikaiel jer sblm pkl 10 nak tido tu, dia sebok nak jalan Kat temapt laluan bas Kat tengah. Melalak nak ke situ, aku pun biar. Bila bas brek tersungkur dia ke depan. Ha baru lah takut. Aku pun terus peluk tepuk2 bg susu suruh tido.

Sepanjang perjalanan aku tido jer.budak2 ni pun tido memanjang. Sampai berhenti Kat Meraphoh pun aku tak sedar. Nasib baik tak rasa nak kencing. Kalau tak susah pulak nak berangkut beramai-ramai gi tandas. Hehehe.

Sampai p.mas pkl 5. Abang dah siap tunggu Kat muka pintu bas. Dari jauh kaiel menjerit "Abahhhhh!!!!!". Rindu betul Kat abah.

Bestnyer, bercuti seminggu. Dapat bersama keluarga, lengkap satu famili.

Sunday, June 17, 2012

Mereka ke sekolah baru

Salam,

Update blog lah arini...buka blog dengar lagu yang romantis ni buat hati aku jadi sayu pulak..al maklum lah buah hati aku jauh di mata. Tapi skang ada banyak teknologi jadi sentiasa 24 jam berhubung jer sokmo.

Selepas my holiday trip from Krabi selasa lepas hubby pun pulang lah ke kampung. Dia pun nak mula dah mengajar sekolah baru. Juga anak2 ku yang dah mula kan pembelajaran masing-masing kat sana.

Sekarang takder mood nak citerpasal cuti2 malaysia..aku sgt teruja nak bercerita tentang anak2 di kampung dan  orang yg ku sayang iaitu en suami.

Sebelum hubby pindah dia dah siap2 belikan aku hp satu lagi utnuk aku pakai line. Supaya senang nak online sentiasa bila2 masa (sebenarnya dia nak monitor aku hahaha). dengan hubby pun pakai 2 handphone mcm aku. Dua2 senang nak online. Jadi bila dah ada line kat hp ni dok asyik ber WhatApps jerrrrr...tapi aku sukaaaaa...because I really missss himm .. always...even in my dream (hisshhh berjiwang pulak).

Sambil Whatapps dok sent gambo jer memanjang..hehehe...buat aku terasa dekat dengan dia.

 Marwan posing kat moto. Sawah padi belakng umah mak. Best kan kampung ada sawah padi. Aku berangan nak buat umah kat sawah padi hehehe. Sejuk jer berangin :)

 Tu moto yang di bawa dari KL terus ke kelantan. Drive sendiri tu. Takde main pos2 dah. hehehe.

 Ni gambaar hubby sent masa diorang dok solat maghrib. Yang imam tu Abg Marwan. Hubby kata Marwan siap baca surah Wadduha masa rakaat pertama, rakaat kedua surah Al Falaq pulak. Alhamdulillah....dah berani untuk jadi imam. kalau tak dulu masih malu2 lagi. Ada hikmah dok kat kampung. Boleh belajar berdikari dan latih diri untuk disiplin.

 Masa ni hubby pegi majlis Isra Mikraj. 

 Majlis berlangsung di seklah tahfiz ini.

 Yang ni pulak aku sent kat hubby. Kakak Marwan di pagi hari sudah main kat luar.

 Jugak adek Mikaiel. Suka main tolak basikal dia hehehe.

 Pagi semalam hubby gi tgk bola dekat dgn umah. Ni aktiviti yang dia suka :)

 Hahaha..jangan marah..apa yang aku makan pun aku tunjuk kat hubby...Sodap kata nyer.

 Yang ni faveret hubby Air Tuak hehehe

 Mujahid selepas di bojengg botak

 Ishhh...comot nyer anak aku..ni lah kalau mak nyer takder.. tak terurus dah aku nengok nyer.

Di hujung umah tulah tempat selalu anak2 aku dok main dengan sepupu2 dia.

Hari ni first day Hubby ke sekolah selepas bercuti seminggu ke Krabi. Aku doa kan semoga dia dipermudah kan untuk mengajar. Kena ngajo bahasa arab kata nyer. Naseb lah bang...belajar sekali yer sambil2 dok ngajar murid tu. Agak nyer murid lagi teror dari dia kuikukui..jgan marah I gurau jer...
How I Wish U are beside Me.. miss you.
Bye. Wassalam.
Sekian.

Saturday, June 9, 2012

Nak let Go kasut


VOIR size 7
Let go for RM45
Used only twice
Reason let go tak biasa pakai high heel.
Condition sangat baik.
berminat sila email
farah.ikin@gmail.com

Friday, June 8, 2012

ini yang buat aku sedih


tapi yang sedih sekali sebab terpaksa berpisah dengan anak2. huwaaa!! tak sanggup. tiap malam aku menangis!!
:-((

Wednesday, June 6, 2012

khabar dari kampung...

 Salam,

Gambar di ambil oleh suami dari kampung buat pengubat rindu. Suka je diorang dok kat sana ye. Umi dia yang susah hati dok sedih , nangis kat sini :(.

Minggu depan dah nak masuk sekolah. Cik suami dah settle kan urusan pertukaran sekolah. Alhamdulillah dapat sekolah yang kami minta. Sekolah tu juga sekolah sepupu-sepupu diorang ni. Seronok lah dapat sekolah sesama. Sesupu pun sebaya, boleh belaja2 sama..harap harap belajar lah anak2 aku nanti. Jangan asyik main ajer memanjang.

Aku dah pesan kat cik suami, aku amanah kan pelajaran anak pada dia. Kena pasti kan mereka pergi tusyen dan ul;angkaji pelajaran. Selalu nya semua tu aku yang buat, tapi dah umi dia dok jauh , jadi tanggungjawab beralih kepada si Abah pulak yer. Umi tau abah boleh buat semua tu , kan!!!

 Abang Marwan ...peace!!!!

Abang Mujahid!!!!



Tuesday, June 5, 2012

rindu pada blog saya

Assalamualaikum,

rindu kat blog!!..tapi saya sebenarnya rindu kat anak2, suami sebab mereka sedang berjauhan dari saya. Nak story sekarang takder mood lagi. Mood ke laut kata orang. hehehe...

tapi yang pasti sejak dua menjak ni banyak yang berlaku..perkara yang tak di sangka akan berlaku..terjadi juga.yang tak ku jangka tapi kena hadapi nya dengan tabah dan sabar.

Dengan sokongan dari suami aku gagah kan juga dugaan ini...Semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dan aku redha dengan kehendak yang Maha Esa..semoga di murah kan rezeki kami sekeluarga dan dijauhi dari mala petaka. Ameen.

Untuk suamiku tersayang. salam rindu dari jauh. Jauh di mata dekat di hati.

Wassalam

pic from google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.