Salam
Hoorayyy!!! saya dah bebas dari PAMPERS di punggung ! hehe
Umi dan abah nyer sebenarnyer yang gembira sesangat..sebab dapat lah jimat sikit kos sara hidup budak kecik sorang ni kan..kahkahkah.....
Apa dia?? tanya mcmana aku potty train mikaiel?? hmmm .. aku ni malas nak tulis entri panjang2. masa nak mula tulis entri ni pun tunggu sebulan jugak lah baru boleh nak mula hahaha..dah jadi suri rumah makin malas nak menulis kat blog sendiri....aku lagi suka baca magazine dan relaks kan diri kalau ada masa terluang..tapi aku tak lupa juga menjenguk ke blog kengkawan..cuma aku tak tinggal kan komen jer di sana..hehe..jangan mare ler yer! hehe
Sejak aku sudah tidak bekerja lagi aku telah memgambil langkah bijak ( hehe bijak lah sangat kan, rasa nyer semua orang akan buat mcm aku kan kalau dah jadi housewife) iaitu melatih anak bongsu aku tu untuk tak pakai pampers lagi. aku mula latih dia selepas hari raya aidilfitri yang baru lepas ni. masa tu umur dia ialah 2 tahun 6 bulan.
kalau nak cakap pengalaman anak2 yg sebelum ni aku pun dah terlupa umur berapa diorang diaperless n macamana aku train. almaklum lah...yg mujahid dah 7 tahun sekarang...yg marwah pula 5 tahun tapi dia masih lagi pakai pampers sebab tak pandai lagi cakap nak kencing tu kena slow2 sikit.
Nak di pendek kan cerita, aku ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk train mikaiel sampai dia betul2 boleh cakap nak kencing berak semua. mula nya mcm rasa tak yakin dapat ajar dia seawal umur 2 tahun setengah, dan dalam minggu pertama tu aku sangat stress sampai dalam bilik air tu menimbun seluar pendek yg bocor dek kerana tak sempat nak ke bilik air atau terkucil kat mana2. hahaha.....
kadang2 kalau dia terkucil tu rasa nak marah pun ada tapi selalu cakap kat hati SABAR, SABAR!! adoiii .... dan selalu cakap boleh ker aku buat ni...dan kadang2 mesti tergerak nak pakai kan pampers jer..senang ambil langkah mudah..fikir2 blk kalau tak ajar sampai bila tak sudah dok pakai pampers jer kan....
jadi sekarang dah lebih kurang 2 bulan mikaiel diaperless...cuma malam jer tido pakai pampers. Siang tido pun aku tak pakai, cuma lapik kan toto dengan plastik kat dalam dia. masa tido siang dia akan terjaga kalau nak terkencing dah akan jerit kata "Umi nak kencing!!!"..... dia akan cakap dgn kuat supaya aku akan cepat2 bawa dia ke toilet. haha.
Cuma nak share kat sini satu tips, kita kena selalu tanya dia kalau dia ada rasa nak kencing atau tak? dan dalam 2 jam sekali kena bawa terus ke toilet..kalau baru lepas minum susu bawa lah lepas setengah jam minum ke toilet.
Skang ni mikaiel pun dah advance....boleh pergi bilik air sendiri, cuci sendiri ( kecuali berak lah). tapi aku akan monitor dia...cuci sekali lagi..saje je bagi can dia cuci sendiri kalau tak bagi ada pulak yang buat drama dalam bilik air. haishhhh.
Ingat nak letak gambar mikaiel tapi linie broadband ni slow sgt. Jadi sampai sini shj entri untuk kali ni yang nak di kongsi.
See Again!!
Anak Saya Tak Pandai Masak.
9 years ago
2 comments:
tahniah.. cuma nak tanya.. yg baby umo 5 thn tuu.. mlm2 dah off diapers or belum?
Salam Kuazue.belum lag.dia masih belum pandai ckp lag.tapi siang kdg2 tak pakai.
Post a Comment