Thursday, November 9, 2017

Mengandung kali ke 6

Assalamualaikum,

Lama dah tinggal blog ni..sesekali ada juga jenguk blog aku yg sepi sendu ni haha...sonok juga baca tulisan yg lama-lama..macam menggamit kenangan je.

Kali ni ingat nak share dan buat catatan sedikit tentang pengalaman mengandung kali ke 6 ni.

Skg dah 36 minggu..berat ibu 70.5kg..berat awal masa register buku merah ialah 63kg , naik 7.5 kg.

Semalam ada scan di klinik bandar. Lama menunggu giliran, biasalah klimik kerajaan kan..tapi takpe aku sabar je sambil melayan kerenah medina hehe.

Result scan semalam x berapa comel, yg mana ukuran kepala baby agak kecl sedikit dr minggu semasa...kepala baby tunjuk baru 34-35 weeks saja. Ukuran lain semua normal..air ketuban pun normal >10. Berat baby skg ialah 2500gm.

Hati aku terus jadi x tenang..sebab semua anak2 ku yg 4 org lahir >3kg cuma kakak marwah je yg lahir 2.7kg. hati dah risau takut sejarah berulang. Tapi buat mcm biasa je luaran, tapi dlm hati Allah je yg tahu betapa risau yg umi ni.

Jadi doktor suruh jumpa doktor pakar di hospital besar untuk scan lebih details.

Balik2 rumah terus aku google pengalaman ibu2 mgandung yg ada baby kecil. Rupanya mmg biasa kes sebegini, di mana dia panggil sebagai SGA dan IUGR.

Cerita dgn hubby dia relax je, cuma ckp ada je baby yg lahir kecil tiada masalah, normal je.

Tapi aku ni biasa la emo terlebih, balik umah terus moody, x masak, dok baring je hmmm.

Harap2 semua nya ok je. Scan dgn pakar nanti harap xde yg pelik dan baby akan sehat2 saja.


Sampai sini dulu..ni type.guna hp, tulisan ni jadi besar ke krcik ke tak tau..laju je menaip.

Wassalam.


Sunday, June 21, 2015

Progres villa kami selepas 4 bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...di sini ingin mengambil kesempatan mengucap kan selamat berpuasa..dah hari keempat malam kelima...sekejap je rasa masa berlalu kan..

Sebelum masuk bulan ramadan hari tu semua kerja2 rangka rumah telah berjaya di siap kan.. maka seterusnya kerja2 seperti plaster siling, pemasangan mozek tiles, cat dan kemasan lain pula akan di jalankan.

Jadi sekarang kami suami isteri tengah giat mencari kontraktor plaster siling dalam bajet yang di tentukan. Rambang juga mata nak pilih design yang bersesuain dgn bajet..hehe..kalau ikut hati pilih mmg sampai ke 15k ke 20k kos nya...jadi nak jimat kena la hati2 memilih.

 Hadapan rumah

 Tingkap berawning genting

Dapur


Nanti kita update lagi ya...


Wednesday, April 1, 2015

Pembelian sebelum menjelang GST

Lama menyepi blog ni...huhu

Update sikit bagi fresh balik ini blog tersayang .muahss

Maka..layan la gambar soping hari ni...

Hood Rinnai

 Hob Rinnai

Sink RM476

 Sink Tap RM16x2 = RM32

Kipas KDK RM478 after less plus wiring rumah Total RM900

Tiles bilik air Cost RM286

Sekian For Today.
Total lost RM5k.


Saturday, November 1, 2014

Pelan Dan Design Rumah...


Assalamualaikum...

Dah lama menyepi..kini aku kembali..mengupdate apa yang berlaku 2 3 bulan ni.. :)
Banyak sebenarnya nak citer tapi kita citer pasal rumah la..sebab tuan tanah sangat excited nak buat rumah sendiri ni kan

Pada mulanya ingat nak cari tanah lain dekat dengan area rumah aku ni di Lati ni...tapi Alhamdulillah Allah swt murah kan rezeki kami dengan permudah kan urusan tukar nama tanah mak mertua ku...urusan pertukaran nama ni dah berlarutan lebih kurang 3 tahun...dan kami hampir putus asa jugak menunggu terlalu lama...

Bila terdetik nak cari tanah lain tiba2 mak kata tukar nama dah nak siap...kemain lagi kami suka laki bini..tak perlu lah keluar duit utk beli tanah...Syukurrrr

Gambar kat bawah ni adalah rumah kepada kawan sepupu husband Wadi...pergi tengok rumah dia yg baru siap ni pun secara kebetulan...pada hari tu hubby MC .. kami ke kota bharu .. terlintas nak call Wadi nak tanya pasal nak buat rumah dan dia pun ajak gi tgk rumah kawan se politeknik dengan nya pada tengahari tu... 


Ini lah rumah nya...setingkat setengah...ni bahagian tepi rumah...yg cermin panjang tu ialah bahagian tangga

Ni bilik belakang dan bilik air di dapur


Bahagian depan rumah...rumah ni keluasan nya 3000 kaki persegi...ada 5 bilik 4 bilik air...tingkat bawah ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air...Master bedroom di bawah


Tepi rumah...



Bawah rumah yg ada sliding door tu ialah living room...dia agak terpinggir atau terkeluar sedikit dr family hall...familiy hall dekat dengan pintu masuk..dan terus boleh nampak laluan ke dapur dr pintu utama tu...di tingkat atas ada 3 bilik tido 2 bilik air..bilik tido bersaiz sederhana dengan ukuran lebih kurang 12x12 kaki...

Apa yang best tentang rumah ni pada pendapat hubby ialah:

1. Terdapat acces keluar beranda di tingkat atas di bahagian tepi kiri...boleh buat tempat menyidai baju dan di atas bumbung car porch bila di pasang pagar besi boleh buat tempat untuk bersantai
2. Family hall dan living roon di seperate kan ... jadi tetamu jika bertandang tidak di ganggu oleh anak2 kecil

Setakat ni pelan ni yang menarik hati kami..namun pencarian masih lagi di teruskan terutama design bahagian luar rumah. Kami juga perlu pantas sebab takut harga barang naik tahun depan...

InsyaAllah nanti aku update lagi...sekarang geran belum keluar lgi..kata juruukur minggu depan...selepas dapat geran baru senang nak ke proses seterusnya...

Jumpa lagi..Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.