Salam...
Alhamdulillah....hari ini sudah 40 hari berlalu sejak melahirkan Medina. Baru terasa sikit lapang untuk menulis entri di dalam blog yang ku sayang ini.
Medina dah tido, anak-anak ku yang lain sedang melayan tv di ruang tamu. Anak-anak ku yang bersekolah sekarang sedang bercuti upsr jadi peluang nak mengguna PC jadi lebih terhad sebab dok asyik main game je...kalau diorang tak guna PC pun Umi pulak yang sebok membuat kerja rumah juga menyusukan Medina.
Apa nak cerita hari ni yer..hehehe...nak cerita pengalaman bersalin Medina kah? atau cerita berpantang ku ... hehehe..baiklah kita cerita tentang pengalam bersalin Medina.
Tarikh aku melahirkan Medina
3/8/2013 (Sabtu) bersamaan
25 Ramadan 1434H.....
Tarikh due ialah pada 8/8/2013....Seminggu sblm bersalin aku sudah bersedia barangan ke hospital juga beg2 yang perlu di bawa ke rumah mertua sebab aku bakal berpantang di sana...juga barangan anak-anak sebab mereka juga akan tinggal di sana bersama aku dan mak mertua.
Kontraksi sudah bermula sejak seminggu sebelum itu lagi tetapi rupanya hanyalah false contraction...pernah suatu pagi tu aku sms suami dan bg tau ada mild contraction. Sejurus terima sms terus dia pulang ke rumah t anpa tunggu confirmation apa2 dari aku..hehehe...kelakar nya dia sudah siap bersalaman dengan rakan sekerja dan menyatakan yang dia takkan balik semula kerja sebab isteri dah nak bersalin , terus sambung dengan cuti raya nanti.
Tunggu punya tunggu kontraksi pun dah hilang dah keesokan harinya suami kena lah juga pergi ke sekolah...pagi tu baru dia bagi tau yang dia dah bersalaman dengan semua rakan kerja...kihkihkih...tergelak besar aku ... lawak di pagi hari kuang3
Pada hari
Sabtu 3.8.2013 aku berpuasa seperti biasa...selepas solat Subuh aku rehat smbil berbaring di katil....dan macam biasa bila baring aku dapat rasa pasti kontraksi datang. Aku ingat itu hanya kontraksi biasa shj. Jadi aku buat tak layan je dan terus tertido sekejap. Tapi kali ni kontraksi itu seperti kuat dan tak seperti biasa. Rasa macam sakit pinggang yang kuat. Kalau ikut pengalaman ku yang lain memang ni lah rasa sakit nak bersalin.
Aku tak jadi tido. Dalam hati aku tak menaruh harapan sangat yang akan bersalin hari itu sebab dah byk kali salah. Aku terus bangun dan buat kerja rumah seperti biasa. Manalah tahu kalau aku buat kerja akan mempercepatkan bersalin. Masa buat kerja rumah kontraksi tak der lah terasa. Mungkin salah agaknya dalam hati aku kata.
Aku duduk di sebelah suami dan kata ada kontraksi. Dia balas " Entah-entah macam hari tu " hahaha aku gelak jer.....Tapi aku dapat rasa yang kali ni memang betul. Jadi mana-mana barang yang tinggal cepat2 aku masukkan ke dalam beg sebagai last preparation.
Bila jam 11pagi kontraksi sudah mula kuat. Aku semakin yakin yang akan bersalin hari ni. Aku terus berbuka dengan 2 biji telur separuh masak, 2 biji kurma dan segelas susu. Jam 1 tghari kami sekeluarga ke rumah mertua dahulu untuk drop anak-anak. Waktu zohor dah masuk jadi aku selesai kan solat Zohor dahulu..
Jam 2 ptg aku tiba di Labor Room Hospital Pasir Mas. Hospital dekat sangat dengan rumah , sebelah je. Lompat pagar pun boleh sampai hehehe...
Sampai di LR (Labor Room) aku di sambut seorang nurse. Di suruh tukar baju dan baring atas katil untuk periksa bukaan. Nurse tu kata dah 6cm tapi macam tak pasti lalu sorang lagi nurse periksa katanya baru 4cm. Ok takper aku pun di masuk kan ubat berak. Serta merta rasa nak berak terus gi bilik air. Memerut aku dalam bilik air. Aduhhh sakit betul bila masuk ubat berak ni campur dgn kontraksi lagi fuhhhh boleh terberanak dalam tandas macam ni rasa nya.
Nurse panggil...takut agaknya kalau aku pengsan ke apa dalam tandas...tak habis lagi sakit aku gagah kan diri jugak keluar...kalau ikut hati memang lama lagi nak buang air.
Kemudian dia suruh baring di katil lain. Katil yang mana aku akan beranak kat situ..hehe...masa ni hanya ada aku dan sorang lagi patient. Patient tu pulak dok tengah push tapi tak lepas2...nurse kata dah sejam macam tu. Ngeri aku dengar. Katil aku di pisah kan dengan dinding tapi bhgn atas tak der dinding jadi aku boleh dengar dengan jelas. Aku cuma boleh doa kan je untuk dia moga senang bersalin. Kesian dia.....akhir sekali doktor terpaksa hantar ke Hospital Kota Bharu untuk bedah.
Pukul 3 kontraksi datang 2 - 3 minit sekali dan mulut ni memang tak lepas dari baca Doa Nabi Yunus..selawat terkumat kamit bibir ni. Nurse tgk jantung baby ada lemah sikit, jadi doktor suruh masuk kan drip. Lepas masuk drip tengok okay tapi kontraksi aku pulak semakin kuat. Nurse datang periksa dan aku tanya tak yah pecah kan ketuban ke?? Dia jawab tak perlu nanti dia pecah sendiri. Dia check laluan lagi tapi masih belum terbuka habis. Aku pun tak der lah nak meneran lagi. Tahan je sakit ni. Nak tahan sakit aku ngiring kan sikit kaki aku ke tepi. Kontraksi datang macam nak menolak baby ni keluar jer. Betul ke aku dah nak meneran ni....
Jam 3.30ptg tu doktor yang hanta patient ke hosp kb tu dah balik dan dia dah selamat bersalin secara cesar. Alhamdulillah...aku je yang belum selamat lagi ni.
Jam 3.45ptg mcm tu aku rasa tak tertahan lagi. Lalu terkeluar lah suara mengerang kesakitan "Erghhhh..."... Nurse2 terdengar dan diorang pulak yang cemas...Ehhh nak beranok dah ko????....nanti2....
Nurse 1 seluk tangan dalam V aku dan kata "Ahhhh raso doh kepalo baby ni"...dia pun pusing2 kan jari2 yang di seluk .... tapi aku tak sakit...aku cuma sakit sebab rasa nak beranak sangat dah ni. Nurse2 pun kata ..."Boleh dah panggil suami dia masuk ni"...memang bising keadaan dalam LR tu...sebab lagi pun memang aku sorang je pesakit...jadi semua nurse dok tumpu kat aku...kes aku ni doktor tak tengok pun...staff nurse je yang tengok. Aku tak harap pun doktor sebab yang ada hanya doktor lelaki je masa tu.
Bila suami masuk aku sedikit lega. Nurse cakap okay selesakan diri kamu, nak pecat (buka) tudung ke, getah rambut ke , pecat lahhhh ... pastu nurse bagi tau macam mana nak teran nanti...tangan pegang kat buku lali...dagu rapat ke dada semasa teran...tarik nafas panjang jangan lepas masa teran...
Suami diri di sebelah aku pegang tangan aku. Aku pesan kat suami masa aku meneran tolong angkat kan kepala aku...aku pandang depan....Okay kangkang besar lagi.....TERANNNN...nurse jerit kat aku....aku dengan sekuat hati menerannnnn (dalam kepala fikir teran je weiii macam rasa nak berak kat dalam tandas tadi...penangan ubat berak kihkihkih).....dalam satu nafas yang panjang aku teran keluar kepala baby dan ada jugak curi nafas sekejap tak sampai satu saat pun hehehe......keluar lah badan baby pulak...berdebussss....dalam kepala ingat sekali teran tadi baru kepala, rupanya sekali badan Alhamdulillah...dengan sekali teran jeeee...3.58ptg anak ku lahir
Aku meraung menangis dekat suami...menangis macam dalam drama plak rasa hehehe...suami kata" Umi tengok kita dapat anak apa?".... Nurse pun kata " Tengok ni anak apa?" sambil angkat anak aku tinggi depan muka ku.... dengan samar2 sebab mata aku tak leh nak buka habis rasa dah hilang tenaga... aku pun sahut ... " Pompuan" ..... lalu nurse letak anak aku di atas dada sambil diorang potong tali pusat....
Aku tengok muka anakku yang baru lahir tu rasa ajaib sungguh. Inilah dia yang aku kendong selama 9 bln...yang selama aku dok tunggu2 .. tak tahu samada anak lelaki atau perempuan...aku dapat anak perempuan akhirnya.....bayi yang ku tunggu selama 6 thun. Terima Kasih Ya Allah ... kau dah makbul kan doa ku....
Proses jahit pulak kena tahan .... aduiiii tak leh nak citer....pendek cerita memang sakit lah...kuikui
Sampai skang benang jahit masih tak tercabut lagi walau luka dah baik...huhuhu
Muka ceria jer kannn...hahaha
Ni wad kelas 2 (kelas 1 memang takde di sini)...sangat rasa diri ku macam dok dalam spa pun ada hehee..mereka yang pernah dok sini je tahu...nama katil ku BIDASARI...setiap katil di beri nama yang unik sangat
Medina 15days..Hai Sayanggggg!!!!
Wassalam.....