Hari Kedua...
Tak sabar tungu hari kedua ni sebenarnya...byk tempat nak pergi...bgn pagi then terus sarapan kat kedai berdekatan saja.hari kedua ni kitorang plan nak ke tanah tinggi Kundasang...
Tapi masalah sebab kereta sewa takder lagi. Jadi menggelabah lah pagi2 nak cari kereta sewa. Adalah ambil no fon masa sblm ke KK, and harap2 boleh contact lagi no tu.
Kitorang cari juga kereta sewa kat area OB (One Borneo), tapi sumer dah fully booked. Last minit, naseb baik ada owner kereta sewa ni angkat fon. So tawar punyer tawat dapat kete Viva Auto utk RM110/day.
Ni lah kereta sewa kitorang..puas hati sebab masih baru dan yg penting save minyak.
camwhore dalam kereta
signboard ke Kinabalu Park, Kundasang n Ranau...jadi boleh lah agak berapa jauh dari KK.
singgah di Kinabalu Park dulu
kat belakang tempat nak ke kaki gunung Kinabalu
di tepi kaki gunung Kinabalu
samar2 pemandang..masa ni tengah hujan rintik2...persekitaran pun tgh berkabus
sekian di Kinabalu Park...tgk gambar ni jgn lah tanya aku mengandung ke??..baju tu mmg pesen dia macam tu dan angin tiup masuk dalam baju ..hehehe
Meneruskan perjalanan ke Kundasang. Masa ni kitorang kat Pekan Kundasang...ada satu roundabout kat depan tu. Masa ni kitorang dah terlajak ke Ranau. Sebab masa kat roundabout terus jer..jadi terlajak ke tempat lain lah...
ni masa nak ke Ranau..tempat yg tidak di rancang nak pergi pun.....Ranau ni terkenal dgn Ladang Teh. Tapi kita tak pergi sebab jauh sangat. Sampai kat pekan Ranau kitorang makan di KFC Ranau...kebulur sgt dah masa ni.
Selepas singgah ke Ranau kitorang kembali ke Kundasang...OTW to singgah lah ke hotel dan resort yg ada di sepanjang jalan. Apa lagi, ambil gamabr lah. Memang cantik sangat tempat ni. Lebih kurang macam kat Cameron lah.
Tak ingat dah nama Resort ni. Kitorang main duduk jer kat depan bilik resort tu.
ni pun kat dekat hotel..tapi tak ingat nama apa..kitorang posing maut sebab mmg takder org
Sebenarnya nak ke Kundasang ssebab nak tengok ladang lembu...tapi tersesat sampai ke Ranau pulak. Tanya2 lah orang dekat situ. Lalu jumpa lah tempat dia. Byk lagi tempat menarik kat Kundasang ni. Tapi kitorang tam sempat nak pergi lawat semua. Jadi pergi kat yang dekat2 sahaja.
Masa ni aunty yang jaga pintu masuk kata lembu belum keluar lagi. pukul 3 baru dilepaskan lembu2 ke ladang. oo...ada bayaran masuk juga ya. Tak silap rm5 seorang.
Kitorang tak masuk..sebab kalau masuk pun tak dapat tgk lembu..masa kitorang pergi baru pukul 1 lebih. Jadi cuma ambil gambar kat tepi-tepi ladang ajerlah..tapi adalah juga sekumpulan lembu tengah ragut rumput. Tak lah kempunan sgt nak tgk lembu.
Singgah lagi kat sebuah hotel yang lain .. juga di Kundasang. Nampak pemandangan yang luas, bukit bukau yang banyak tanaman dan sayuran.
Abang I suruh posing ke kiri ke kanan..aik macam model dah..hehehe
Asyik gambar i je kan, sesekali nak juga gambar hubby.
Singgah solat Zohor di masjid kundasang. Kemudian kitorang terus pulang ke KK. Perjalanan pulang tu hujan turun dengan lebat nyer...ingat nak ambil gambar kat tepi2 jalan di Kinabalu Park.
Dari Kundasang terus ke Pantai Tanjung Aru. Banyak lagi pantai sebenarnya di KK, tapi kitorang nak survey jalan ke Airport jadi terus lah ke pantai ni.
Di pantai tanjung aru ni ada sebuah medan selera nama Anjung Perdana. Singgah sekejap kat sini ingat nak cari tempat makan tapi tak berkenan. Di sini ada jual makanan panas/goreng2, ikan bakar dan seafood. Keadaan kat tempat makan tu sangat sesak dan kebersihan tak terjaga. Jadi kitorang just jejalan kat pantai tepi Anjung tu.
Masa ni matahari nak terbenam.
Aku ni ... dah nak gelap pun dok pakai sunglasses..hahaha..tapi ada aku kesah ker...rasa best sebab org tak leh tgk aku pandang mana..hahah
Balik lalu kat tempat orang jual jeruk buah. Nampak sedap tapi tak beli pun.
Untuk makan malam, kitorang pun tak idea nak makan kat mana. Tulah tak buat research dulu sblm datang. Jadi kitorang makan kat Likas jer. Nama tempat dia Anjung Selera. Jalan dia sehala nak ke One Borneo. Jadi senang lepas makan kitorang terus balik. Pilih tempat kat tepi pantai, meja ada lilin.
Order ikan siakap sederhana masak sweet sour RM28, sotong goreng tepung RM18 tu pun tepung dia tak sedap dan ada ke dia letak daun kari masa goreng tak kena langsung, nasi dua pinggan. Cukup lah untuk 2 orang. Mahal betul makan seafood kat KK ni.
di belakang tu bandar KK yang banyak lampu.
Kalau tak nak makan kat tempat ada lilin tepi pantai, ada juga meja dalam kedai.
tu sotong goreng tepung. Sotong dia agak keras ya. Agaknya kalau yg besar saiz mmg keras lah. Aku makan selalu sotong kecik jer, lagi sedap rasa nya. Aku rasa kalau aku masak lagi sedap agaknya. ishh..tak kena dgn selera org semenanjung.
ikan siakap yang rasa dia macam masak guna sos tomato dan cili jer...pastu dia just tabur sayur kobis dan lobak yg tak masak. hehehe...agaknya kedai ni jer kot yang tak berapa sedap makanan nya. takperlah...kenyang untuk malam tu.
Lepas makan kitorang terus balik hotel. Aktiviti larut malam di luar hanya lah jalan di sekitar One Borneo. Ada banyak tempat urut dan juga nightclub n pub. tapi tengok dari luar jer lah tak masuk pun. Ingat nak gi K-Box tapi tak larat dah rasanya mata ni. Badan pun dah panggil katil jer kat bilik tu.
Sambung pulak untuk hari ketiga nanti ....
0 comments:
Post a Comment