Showing posts with label keluarga Tok Guru Hj Ahmad. Show all posts
Showing posts with label keluarga Tok Guru Hj Ahmad. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Mak (In Law) Datang

Salam...

Lama tak ber blog...tapi walaupun tak der entri blog member tetap aku terjah....
Sejak kebelakang ni sebok dgn aktiviti with famili....dan seblum raya haji tu mak mertua ku, mak sedara in law, kakak ipar dan abg ipar datang ke rumah..jadi aku pun sebok dok melayan tamu kat rumah...

Naseb baik time tu aku off jadi boleh lah bawa diorang jejalan dan gi kenduri sedara mara....
Tak dapat nak cerita pjg lebar sebab aku nak tido supaya tak ngantuk untuk keje malam ni.

Untuk tatapan, gambar masa mak datang umah.....

 gamba kat umah aku takder...tak sempat nak snap apa2...masa ni kat umah sepupu husband

 sementara mak bual2 kitorang amik gambar

 without ME...

 Againnn....

 Say cheeseeee....

 Tiba2 mak ajak amik gamba dia pulak....kenangan.

 Sepupu husband dua dari kiri...masa ni dia tak sehat...kitorang beramai2 menziarahi beliau

 Panggil kak ngah sepupu husband ni...tetap tersenyum walaupun sakit.



 Kemudian, kami ke Setiawangsa menghadiri kenduri sepupu husband yang lain....masa sampai ni keadaan kat dewan sangat bising sebab ada band yg tengah nyanyi...automatik kakak marwah jadi tak senang duduk dan tak mau jalan..terpaksa dukung...elok pastu Zohor masuk dan diorang berhenti nanyi...jadi kakak marwah boleh makan dengan tenang.

 Ni budak yang tak reti duduk diam...

 Kakak marwan dah habis makan...aik nak turun pulakkk!

 Sabar kak....amik gambar dulu nak takk?....senyum kak!!

 Ooooo...kakak nak takut kan Umi yer!!!...takut nyerrrrr umi..hehehehe

 Tengok kakak dan mikaiel tuhh...mmg tak reti dok diam...mmg tak boleh nak pgang mereka berdua ni...jadi aku jut tgk ajer...monitor dari jauh.

 Masa ni kitorang dah selesai makan...dan pengantin baru jer sampai....Baca Doa Selamat dulu.....

 Ada sekali Mikaiel kerjar sorang budak yang tgh main bola sampai ke dalam court tenis yang hujung tuhhh...mmg budak ni tak makan saman....fuuhhhh letih umi sayang kejar awak!!!!

 Umi masih memerhati..tapi pastu umi off camera dan apa lagi kejar lahhh!

 Budak tak padan kecikkk!!

 After kenduri kitorang ke Niai pulak...umah anak sedara...lepak kat sana!!!

 Hensem boy Mek Al....budak cerdik!!!

Tuesday, July 26, 2011

ke sana ke mari

Salam...

Baru berpeluang untuk mengupdate blog ku ini...
Minggu ini aku sibuk sedikit kerana keluarga sebelah hubby datang KL. Hari Sabtu selepas habis kerja terus ke SS2 Mall, sepupu hubby yg juga owner Restoran Belanga, menjamu keluarga kami semua makan di sana.

Asalnya keluarga dari Mekah balik ziarah keluarga di sini. Jadi semua ahli keluarga di MY semua masing-masing meraikan kedatangan mereka di sini. Sejak aku bernikah dengan hubby ini kali pertama aku bertemu dengan mereka.

Semalam seharian kami di Nilai rumah sepupu hubby...sedap betul kak Uni masak nasi kerabu..mmg pandai masak...sempat lah bergambar kenangan sebelum mereka pulang ke Mekah.

Sehari sebelum tu mak mertua ku dan mak2 sedara tidur di rumah aku ni.Walaupun kecil tapi tetap selesa. Alhamdulillah semua cukup untuk mereka.

Esok pagi keluarga mertua akan bertolak ke Kelantan semula. Malam tadi sempat aku ke Keramat rumah sepupu hubby juga untuk bertemu seblm bertolak ke kelantan.

Ini keluarga belah hubby. Kalau pandai cuba cari aku kat mana..hehehe...

p/s: InsyaAllah kalau sempat esok aku akan cerita sambungan hari kedua di KK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.