Showing posts with label preg journey. Show all posts
Showing posts with label preg journey. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Alhamdulillah...selamat bersalin

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah...telah selamat melahirkan seorang baby perempuan pada 3hb 8 2013....jam 3.58ptg...bayi seberat 3.4kg dilahirkan secara normal di hospital pasir mas, lati.

Ini adalah puteri kedua kami...bersamaan cahaya mata kelima...bertambah lagi rezeki kami di bulan yang mulia ini...Syukur ya Allah atas pemberian Mu yang tak terhingga ini.

Thursday, July 25, 2013

Perihal Kehamilan: 38 Minggu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih di beri kesempatan bagi diriku untuk mengupdate tentang keadaan diri dan juga baby dalam kandungan ku ini...sudah lama rasanya kita tidkh bersua di laman blog ni kan hehehe...ada kah sesiapa yang rindu??? hahaha....sentimental pulak pagi pagi ni menaip entri blog. :)

Sekarang aku dah pun genap 38 minggu....dah lama rasa aku tak menulis berita terkini hiburan sensasi tentang perjalanan kehamilan kali ni. Apa nak citer eh? dah byk sangat terperam kan dah tak tau mana satu nak citer.....

Setakat ni semua berjalan lancar....HB ok...selalu dalam range 12++ ke 14++..HB memang xjadi masalah sejak anak pertama lagi...alhamdulillah darah pekat .... kencing manis pun kali ini adalah normal ... selepas minum air gula sebanyak 2x .. result kedua2 adalah normal.

Berat skg 68.5kg ... asal sblm puasa dah 70kg..tapi bila masuk puasa je .. terus drop 1.5kg ....

Selepas 36minggu check up jadi seminggu sekali ... hari Ahad lepas aku gi check up dan ngadu baby kurang gerak .. apalagi kena lah gi hospital untuk buat CTG ... after buat CTG dalam sejam mcm tu .. doktor nasihat kan untuk masuk wad sebab nak monitor lagi malam tu lepas berbuka ...

Doktor kata kalau baby tak aktif jugak kena pegi hosp kota bharu ... kat sana nanti dia akan check apa masalah...kalau ada masalah macam baby jantung lemah or terbelit uri  ke dia akan paksa beranank...aku dgn hubby dok tgk sama lain... hahaha..kalau boleh tak nak lah beranak lagi...tapi terpaksa ikut jelah..

Maka tido wad lah satu malam... Alhamdulillah esok nyer semua normal..baby sihat dah aktif balik yehaaaa!!! boleh kuar wad ..... esok nyer hubby pun nasihat kan untuk cuti puasa sebab takut baby tak aktif balik .... Setakat ni baru sehari lah aku cuti puasa ... aku masih larat lagi untuk berpuasa .... harap dapat puasa sampai masa melahirkan nanti.

entri sebelum kan aku tak letak pic pregnant..jadi meh nak letak lumsum gambar dari awal sampai lah skg preg hehehe

 @3mth

 @4mth

 @7mth

 @8mth



@9mth

Sekian.....Wassalam






Thursday, April 25, 2013

Perlu ke pam susu bagi SAHM?

Salam uollsss...

berbalik dengan tajuk di atas tu kalau bagi pendapat aku, aku masih lagi perlu untuk mengepam susu walaupun sudah jadi suri rumah sepenuh masa. antara sebab-sebab nya ialah:

kalau nak keluar rumah atau bersiar-siar boleh bawa bekal stok susu. senang tak perlu selak di khalayak ramai.
kalau nak tinggal anak untuk urusan tertentu senang bekal kan stok susu pada pengasuh
kalau tetiba dapat kerja , senang dah ada stok susu.
kalau suami ajak gi honeymoon senang dah ada stok susu

Adakah anda seperti saya? Tepuk dada tanya selera kan....Masing-masing ada pendapat sendiri. Namun tak di nafikan breastfeed adalah cara yang paling senang membekal kan susu kepada anak kita.
Tak perlu bawa botol air, thermos, susu tepung. Even anda nak bawa EBM stok masih lagi senang nak compare to formula kan. Dalam kereta cuma bagi bf jer..kalau di luar baru bg EBM.

Setakat ni aku dah ada breastpump spectra 3 yang aku guna masa beranak Mikaiel dulu...3 tahun lepas. Aku guna tak sampai setahun. Adalah dalam 8-9 bulan mcm tu. Ada jugak aku bagi kat adek aku pinjam tapi dia pakai kejap je, masa dalam pantang..then dia beli yang baru. Setakat ni pump tu baru 2 kali servis. Nampak nyer aku kena hantar servis sebelum guna nanti.

Terfikir jugak nak jual bp ni then beli yang baru kecik sikit mcm Medela swing tapi ada ke yang nak beli..aku beli satu set dgn bagpack, cooler, ice pack dan botol. Kalau swing cuma ada single pump jer. Baik aku beli satu lagi yg manual jer utk backup.

Jadi dalam kepala ni aku macam berangan nak tambah lagi satu bp. Tapi kali ni pilihan aku adalah manual bp. yang letrik tolak tepi lah kan sebab dah ado. Semalam aku dok survey review bp manual antaranya Medela Harmony dan Avent. Masa survey aku ternampak satu bp jenama Unimom dan yang paling menarik harganya di LittleWhiz (sale price) hanya RM100.30 di OneBabyWorld RM100 (sale jugak) kurang 30sen...percaya tak?? Sila percaya..hehehe.... Lebih-lebih lagi baca review a few moms di blog mereka bp unimom ni sangat best, suction sepeti mimick baby, ada silicon massager jadi selesa semasa mengepam, part yang mudah di buka dan cuci....

aku dah nak beli dah kat LittleWhiz tu...bila sampai step akhir jer..aku berfikir 2 kali...ishhh nak beli ke tak nak....pikir punya pikir..aku terpaksa batal kan niat murni aku tu sebab aku rasa ada byk benda lagi yang aku nak kena penting kan dulu...hehehe...syaitan tak berjaya goda aku. Takper ni beli masa lepas pantang pun boleh kan sebab dah ada bp Spectra3 tu.

Unimom - Mezzo (BPA free) Manual Breastpump


Sebab dalam kepala nak beli bengkung lagi. Lebih2 lagi dalam saat genting yang mana hanya seorang shj di dalam yang keluar mencari rezeki, aku yang dok habis kan duit pulak...hehehe.jadi terpaksa lah cancel. Lagipun aku dah cakap ngan hb dan beli bengkung..dan dia kata beli lah...aku rasa dia bg beli sebab nak soh aku kurus ... sblm mengandung tu dia dok kata aku bila aku nak jadi kurus balik..aku cakap lah kalau nak kurus kena preg balik lah .. pastu pantang betul2 InsyaAllah boleh kurus. Sekali hah amik terus lekat ko... Ni sebenarnya TEORI mak aku..kihkihkih....haha.

Nak tanya pendapat kawan2..bengkung mana yang sesuai guna masa pantang...kalau dulu aku guna yang lilit made by mak. dari anak 1 hingga lah yg ke 4....yang aku tau ada bengkung roda, tali, velcro...apakah pilihan kawan2 yer?? Share ler..nanti nak buat entri tentang bengkung pulak.


Friday, March 15, 2013

Perihal Kehamilan

Assalamualaikum...

Sekarang aku dah nak masuk 5 bulan. Pejam celik dah 5 bulan...kalau tak silap last aku menulis dalam blog tersayang ini masa kandungan sebulan lebih...hehehe.

Dalam masa 2 bulan lebih ni aku alami alahan yang agak teruk. Dan ada demam jugak sampai berat pun turun dari 66kg kepada 63kg. Turun 3 kilo bagi aku banyak...masa aku tak pregnant bukan main lagi nak turun berat..sekilo pun susah nak turun...ni aku demam dalam 2-3 hari boleh turun 3kg. Kesan dari demam tu mmg lama..lebih2 lagi dengan alahan..memang takder selera nak makan. Malam mmg aku tak dapat nak telan makanan sebab alahan selalu datang sebelah malam.

Aku asyik berdoa semoga alahan ni tak lah berterusan sampai aku bersalin. Dan kalau ikut pengalaman alahan sebelum memang tak der. Cuma yang kali ni alahan ada dan datang pada trisemester pertama. Aku syukur sangat2 sebab sekarang aku dah takder alah cuma kadang2 akan datang letih atau sindrom malas aku tu. Especially kalau bab masak-memasak. Kalau malas aku beli jer.

Banyak nak cerita...tentang minum air gula, tentang Diabetes, tentang Fibroid, tentang batu karang..macam-macam. Sampai tak tau nak cerita yang mana satu. Tulah buat lagi entri terperam ni lah jadi nyer...haru biru. hehehe

Takper lah di ringkas kan cerita...lepas minum air gula, paras gula adalah 'NORMAL'..Alhamdulillah..tapi masa 6 bln kena minum lagi. Harap2 takder naik gula. Kalau tak berpantang lah jawab nyer. Tak heaven nak makan tau!!

Fibroid selepas jumpa pakar, Doktor tak nampak apa2 ketulan Fibroid pun. Alhamdulillah .... tapi kena jumpa semula minggu depan.

Batu karang tu timbul sebab aku dok ngadu sakit perut belah kiri lepas kencing...jadi doktor buat ujian air kencing tengok result ada sikit darah..So dia bagi antibiotik dan check blk 2 minggu lagi. After 2 minggu ... ujian semula takder darah dalam air kencing...bersih. Alhamdulillah.

Masa pregnant ni mula lah sakit gigi kan..sebab kurang kalsium. Jadi aku yg jarang jumpa doktor gigi..pergi lah check gigi. Gigi yang berlubang ditampal. Kalau sakit lagi atau tampalan tertanggal maka gigi kena cabut. hehehe.

Okey lah sampai di sini dulu coretan kali ini. InsyaAllah ingat nak buat jualan untuk barang/baju terpakai yang aku tak guna/tak muat. Siapa yang berminat rajin2 lah jenguk blog aku yang kesepian ini yer.
Babai.

Monday, December 17, 2012

Jumpa Dr & Scan Perut & FIBROID

Salam,

Masa buka buku merah minggu lepas tak jumpa doktor lagi. Jadi hari ni aku kena pergi ke klinik pasir mas untuk jumpa doktor, ambik darah dan scan kandungan.Temujanji pukul 8 tapi aku datang pukul 10.hihi..suka hati jer...

Sampai2 kat klinik aku dah confuse nak masuk pintu mana. Mana tak nya klinik ni besar lah jugak. Ada dalam 4-5 pintu. Satu2 pintu aku masuk. Rupa nya yang last sekali baru pintu pendaftaran. Naseb baik tanya kat adek kat luar , dia kata hujung sekali daftar.

Dalam 10 minit tunggu, aku terus di panggil masuk ke bilik 6 untuk ambil darah. Dalam hati kata

"Nebes pulak nak amik darah ni!"

Nurse pun panggil, di suruh hulur kan tangan, di tepuk2 nyer muka siku aku. Hmmm....terus lengan diikat dengan tali getah. Kapas kebas di sapu ke muka siku, terus jarum di cucuk...Adoiii...rasa mcm kena gigit semut..lepas tu tak terasa apa. Nampak darah seakan-akan berlumba-lumba nak masuk ke dalam picagari. Ada jugak yang terkeluar dari jarum berkumpul di tepi. Murah darah aku ni. Sekejap jer dah penuh picagari 5ml.

Nurse amik tester untuk HIV, dia seakan seperti
upt test. Darah di titik kan ke atas bulatan kecil yang pertama, dan air setitik ke atas bulatan kecil kedua. Lama-kelamaan pengukur bertukar warna. Aku tak tahu mcmana dia ukur tester tu. Tapi yang pasti nurse tu terus bulat kan NEGATIVE kat dalam result. :) Ni first time tgk nurse buat HIV test. Sebelum ni kat klinik lain di tak tunjuk depan patient. Selain dari HIV test, darah yg di ambil guna untuk check penyakit, jenis darah. Tu jer yang nurse bg tau hehehe.

Kemudian, buku merah di letak kembali dalam raga/bakul. Dalam 15 minit aku di panggil oleh Nurse/Sister. Sister kot sebab pakai baju biru. Sister ni baik...cakap pun lembut, dan selesa berbual dengan dia. Sekali sekala ada juga gelak ketawa..tapi aku tak ingat apa yang kami berdua bual kan. Cepat lupa lah aku ni. Banyak sangat makan semut. huahua.

Seterusnya, akhir sekali kena jumpa doktor. Yang jumpa doktor ni bilik dia yang depan sekali kat pintu masuk. Lama jugak lah tunggu dalam 40-45 minit. Sampai giliran aku, doktor suruh duduk. Nama doktor tu Suhana. Manis dan baik orang nya. Dia tanya "Sehat ke hari ni ?" . Aku jawab Alhamdulillah. Mula-mula tu mcm biasa jer. Dia nak pasti kan tarikh aku period bila n nak kira minggu ke berapa.

Lalu di suruh aku baring di atas katil untuk scan perut. Masa scan doktor cakap kecik lagi kandungan aku. Baru dalam 6 minggu. Tapi dia nampak sesuatu pula   di tepi rahim. Ada ketulan FIBROID. Aku terus tanya doktor

"Apa FIBROID tu?"

Sebenarnya aku mmg dah pernah dengar pasal tu tapi saja nak tanya doktor. Dok kata dia mcm ketulan. Tapi tak merbahaya. Dia ada lagi terangkan pasal fibroid, tapi aku tak ambil perhatian sebab rasa takut dah kuasai kepala dan fikiran.

Terus aku tanya " Habis tu nak kena buat macamana doktor?"

Dok jawab " Takper. Dia tak merbahaya. Walaupun dia adalah ketumbuhan tapi tak merbahaya"

Aku lega.....
Nanti nak kena buat research sikit tentang fibroid ni.

Doktor kata aku ni byk masalah:

1. Ada history diabetis masa pregnancy lepas.
2. Ni anak ke-lima (tak faham kenapa kalau anak dah 5  menjadi masalah)
3. Faktor umur. (aku baru 30tahun, masalah ke nak beranak anak ke 5 )
4. Unsured of EDD, sebab kandungan kecil lagi
5. Ada fibroid (ni kena repeat balik utk pasti kan)

Apa-apa pun next month kena datang semula untuk buat check up n scan. Juga tak lupa minum air gula ya!!!

TaTa TiTi TuTu !!






Saturday, December 15, 2012

Mengandung Lagi!

Sah, saya mengandung lagi anak ke-LIMA!. hahaha....

Walaupun tak menyangka akan mengandung semula secepat ini, tapi dalam lubuk hati tetap berasa sangat gembira. Sebenarnya masih serik lagi nak tambah anak..yang ada empat ni pun dah pening di buat nya. Ingat kan nak lah enjoy dulu dengan abah nya...pergi holiday ker berdua...tapi dah kalau ada baby lagi ni nampak nya memang lambat lagi lah nak berholiday berdua. Confirm baby akan menyusu badan dan susah nanti nak tinggal. hmmm.

Aku baru sahaja dapat tahu mengandung minggu lepas semasa cuti-cuti Malaysia (balik Shah Alam jer pun) kitorang. Sebenarnya seminggu buat ujian upt tu dah buat sekali ujian tapi yang timbul hanya 1 line jer....dalam beberapa saat tu nampak jer 1 line terus aku kata

"Confirm aku tak ngandung" - senyum dalam hati

Sebab dalam hati pun kuat kata tak mengandung, maka aku tanpa membuang masa nyer terus jer masuk kan result upt tu ke dalam tong sampah. Kemudian laki aku marah2..bukan lah marah tapi cuma beritahu

"Kenapa tak tunggu esok pagi jer lepas subuh..nanti tak tepat result dia"

Aku ni pulak jenis tak sabar...dan bagi aku kalau ngandung mesti dia tunjuk positif..ni negatif kan jadi tak ler. hahha.

Kemudian masa di Shah Alam, aku tergerak nak beli lagi UPT kali ni aku siap beli 2 terus sebab murah...4 hinggit jer..kalau kat pasir mas mau 8 hinggit hubby beli dulu. Jadi nak mandi untuk solat maghrib tu aku pun test ler. Dalam hati ni berdebar-debar tunggu jalur tu bergerak. Aku nampak garis pertama yang tunjuk negatif dah bertukar biru. Tunggu sekejap jer lagi nak tentukan sama ada line kedua tu bertukar atau pun tidak. Lama-kelamaan aku nampak seakan-akan ia bertukar kepada biru. Dan menjadi semakin cerah pulak. Aku pun membelek plastik pembalut dan melihat arahan petunjuk di belakang. 2 line maknanya positif. Macam tak percaya aku membelek plastik pembalut sambil meletak kan tester dia sebelah petunjuk tu.

"Ya Allah! Sah aku mengandung" aku terkesima kat dalam toilet.haha

Lepas solat maghrib, aku tarik hubby dok dekat aku dan kata kat dia

"Ummi pregnant la"

Bole pulak dia kata "Tahniah". Padahal ni pun keje dia jugak. hahaha. Jadi aku pun kata "Tahniah kat abang jugak!"

Dalam 2 bulan yang lepas gigih juga aku bersenam aerobik kat rumah. Melompat sana lompat sini....kayuh basikal lah. MasyaAllah nasib baik lah tak jadi apa-apa. Nampak nyer rezeki nak dapat baby kuat. Tapi masih jauh lagi perjalanan. Harap2 semua nya berjalan dengan baik dan selamat sampai melahir kan.

Hari Rabu yang lepas aku dah buat buku merah di Klinik Kesihatan Repek. Rupa-rupanya aku ni dah 14minggu!. Tapi belum scan lagi. In Syaa Allah minggu depan baru jumpa doktor di Klinik Besar Pasir Mas. Selalu nya kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas kalau kira ikut tarikh hari pertama period, temph hamil memang tak tepat. Kena scan baru boleh tahu tempoh hamil sebenar.

Okay lah...until here. Nanti kita tulis lagi.

Monday, February 8, 2010

newborn baby

(ummi dia pun nak interframe gak..hehe..ni kat wad keesokan hari nya)

saya telah selamat bersalin pada 3hb feb 2010 jam 11:20pg di hospital kajang...wat announcement lah dulu yer...tak dapat nak citer pjg lagi...hihi

nama baby tak der lagi...nanti hari ketujuh baru bagi nama

ok..ummi nak rehat pjg........

Tuesday, January 12, 2010

persediaan ke hospital

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya dah set kan semua barang apa nak bawa semasa nak ke hospital nanti.
List ni pun dapat dalam Cari Forum...mmg sangat berguna

Barang2 nk bwk gi Hospital

utk ummi:-
bj 1, kain batik 1/ seluar gelebeh (utk kuar wad)
nursing bra, panty, pad, stokin, bengkung, bj panas, getah rambut
deodorant, ubat&berus gigi, termos/tumbler air,
plastic nk isi baju kotor.. makanan, air, biskut, milo

untuk baby:-
pampes, baju, seluar, topi, sarung tgn kaki, minyak telon, hooded blanket, wettissue, lampin, barut, set bedak, losyen

untuk abah:-
  • surat     rujukan doctor/buku merah
  • kad pengenalan ummi
  • kad pengenalan abah
  • surat nikah (rasa tak perlu, sbb dah anak keempat)
  • duit/credit card (Credit card tak perlu sbb ada GL) 
Gambar di bawah adalah hiasan utk memanjangkan entri..hihihi

    semua brg yg br beli semua ku sumbat dalam satu bakul....tak sort lagi


    ni baju yg baru siap di basuh...sudah siap di lipat utk di susun dalam bakul


    sementara waktu..brg2 bb tu di letakkan dalam baby playpen...tak manage lagi brg2 tu semua..playpen ni masa Marwah dulu...tapi kurang guna sebab dia tak suka dok dlm tu...hopefully bb yg bakal lahir ni suka dok dlm tu

    p/s: ada sesiapa nak tambah utk list ini amatlah dialu-alu kan...especially to mereka yg ada pengalaman...kot2 lah kalau ada yg tertinggal kan

    wajah ibu yg penat kerja tgh malam

    Entri ni adalah utk menghilangkan boring semasa kerja malam...mlm ni tak ngantuk langsung...for more info now is 5:43am hahaha...rasa nya tak pernah lagi saya tepek gambar masa pregnant kan...jadi skang baru tergerak nak tepek gambar...tgk lah muka ku yg sgt sembab dgn mata yg bengkak ya...
     


    ni mcm serius jer...


    ni perasan cam comel..hihihi

    p/s : lambat lagi nyer nak habis keje...ku rindu katil kat umah

    Sunday, January 10, 2010

    Info at 35 weeks



    sekarang saya sudah 35 minggu 5 hari...semalam saya dah apply cuti bersalin pada 2hb Feb...seminggu awal dari tarikh jangka bersalin....jaga2 takut juga kalau bersain awal or apa2 jadi nanti...disebabkan saya ada kencing manis, kena lah jaga makan dan sentiasaa monitor gerak baby...doktor kata baby boleh mati secara mengejut dlm kandungan kalau tak hati2...ishh takut saya dgr bila dia cakap cmtu...so far baby mmg sgt aktif dalam perut..kdg2 tu smpai senget2 perut saya bila dia gerak ke sana sini..maklumlah baby boy kan...lasak dan kuat sikit...hihi

    selalu nya kalau saya tak tido, baby mmg tak tido jugak..especially kalau saya keje malam..baby pun akan turut teman juga...agak kalau dia boleh cakap mesti tak berhenti2...hihi...

    sejak kebelakangan ni mmg terasa sgt letih dan selalu rasa mcm semput...especially kalau tak makan ubat dan vit...so kena disiplin kan diri amik ubat hari2 selepas mkn baru bdn sihat dan boleh gi kerja cam biasa...tadi pun dah rasa cam tak larat je nak pergi keje...alamat nya lepas blk keje pg ni akan ku qada kan sampai asar tido..cuma bgn makan dan mayang ajer.

    minggu lepas hari rabu ku pergi hosppital kajang utk check up...kali ni ku booking hosp kajang..ada org kata hp ni tak bagus, ada yg kata bagus...tapi bagi aku terpulang pada individu msg2...sepjg pengalaman beranak hp kerajaan, tak kira 1st class or 3rd class semuanya ok...lg pun cuma dok dalam semalaman ajer kan...setakat hosp yg ku pernah beranak ialah
    • Marwan Hospital Putrajaya - pengalaman bersalin anak pertama sgt best masa bersalin di hosp ni..aku bersalin dlm tghari, dan waktu tu pun tak sesak dgn ibu yg nak deliver...mungkin sbb tu lah layanan pun mmg bagus...dapat pulak dok wad kelas 2 .. yg 2 org sebilik..mmg selesa gila..masa tu roomate takder lagi..jadi ku lah yg konker bilik tu...sebab terlalu excited baru dapat anak sulung, ku tak tido semalaman dok melayan baby aje...even dia tak kencing berak pun akan ku belek gak pampers dia dan buka tutup pampers dia..mcm bdk kecik dapat anak patung..dah lah tu pjg lak
    • Mujahid Hospital Pasir Mas - kali kedua bersalin ni , mmg tak dirancanag nak bersalin di sini...3 minggu awal..even awal tapi anakku ini mmg besar bagi ku lah..berat 3.6kg..klu tunggu 40 minggu mesti smpai 4kg..aku smpai hp 8.30 beranak 8.50..hah ekspress nyer..mmg risky tul..sbb aku sengaja nak lambat2 gi hp..mkn2 lu..minum2 lu..gi berak lah..apa lah..kali ni masuk wad kelas 3..not bad..dapat tgk ramai ibu yg baru bersalin dan ragam org..hihihi
    • Marwah Hospital Sg Buloh - ini adalah pengalaman yg plg sedih pernah aku lalui...gembira bertukar jadi duka...gembira bila tahu dapat bb girl yg mmg ditunggu, duka bila tahu bb tak sehat...tu pjg cerita kalau nak cerita kat sini...tapi sekarang ku happy sgt sbb bb girl ku sgt bijak dan sgt comel -_-
    • Coming Soon Hospital ????? Kajang(kalau aku ada kat umah) @ Serdang(kalau OTW nak blk off, then rasa nak beranak @ HUKM(kalau tgh kerja)
    fuhh..pjg nyer ku membebel...takper bkn selalu dapat tulis n3 sampai pjg mcm ni...kena smbg keje pulak...

    Monday, January 4, 2010

    update 2

    update again.
    semua baju baby yg baru dah pun dicuci.
    ni dok atas ampaian n yg stokin dan sarung tgn kena jemur dalam bilik sebab takde tempat

    Friday, January 1, 2010

    update

    semuanya dah siap...tunggu baby je..

    Wednesday, September 9, 2009

    apa ada dalam kotak lama

    semalam tergerak nak korek2 dalam kotak lama dlm stor...ingatkan nak cari hubby punyer baju melayu raya thn lepas2...tapi benda lain lak yg saya jumpa...upa2 nyer ada 3 helai baju mengandung 2 thn lepas...elok jugak..tak yah lah beli baru...condition pun ok...sbb guna masa pregnant je kan..pas tu simpan dalam kotak...
    yg baju putih bunga2 hijau ni lengan dia pendek sikit...kain dia macam bergetah sikit,stretchable
    yg hijau plain ni kain dia agak jarang dan nipis ... kena pakai inner, simple je design dia
    yang ni sgt nice color and design...dia tak der tali kat belakang..so bila pakai dia akan kembang...ada lace kan bhgn dada..tapi tak nampak sbb pakai tudung kan...lengan panjang penuh
    baju2 ni semua saya beli kat pusat pakaian hari2...mmg murah2..rasa harga dalam tak sampai rm40...tapi kain dia tak sekualiti yg kat mothercare or kedai branded lah...tapi ok lah not bad..sebab pakai pun kejap jer kan..kalau pandai jaga boleh pakai utk 2 kali pregnant..ada lagi kat dalam stor tu tapi malas nak punggah berhabuk..nanti asyik bersin ajer

    Saturday, August 29, 2009

    Petua Sendiri

    Ini adalah petua yang saya sendiri amalkan setiap kali mengandung. Bagi ibu2 yg mengandung mesti ada masalah kulit perut merekah or stretch mark. Dan terdapat juga banyak produk yg jual kat luar untuk mengatasi masalah ini. Tapi sesetengah produk, ada yang mahal dan ada yang murah...terpulang pada individu itu sendiri nak pilih yang mana...sape ada duit lebih boleh lah beli yang mahal..kalau tak boleh je cuba apa yang saya amalkan hingga mengandung kan anak yang keempat sekarang....


    inilah dia yang selalu saya gunakan untuk kurang kan kesan stretch mark...mmg ia sgt berkesan dan perut kita pun tak de lah rasa gatal2..kalau tak malam2 mesti tangan ni nak menggaru aje...selain bahagian perut , betis dan paha juga boleh di sapu dgn minyak zaitun

    sblm ni saya gunakan olive oil yang jenama Bertolli..tapi sbb tak jumpa so saya amik je yang jenama follow me 100% olive oil dan harga dia kalau tak silap dalam rm10 aje...dan feel masa pakai pun best, rasa lembut dan tak melekit...elok pakai masa lepas mandi...pada sesiapa yang nak save money, saya syorkan cuba lah guna minyak zaitun untuk kurangkan stretch mark..bagi readers yang bakal menjadi ibu....selamat mencuba

    Saturday, August 1, 2009

    Assalamualaikum.....

    i had a very bad morning sickness lately....this is absolutely a new experience to me since my other 3 pregnancy history going soooo well without all this vomit and twister stomach-ache...what i did for the last few weeks before i resume my study at uniten is only lying on the bed...i think i slept for about 12 hours per day and force my self to get up only if i hungry or wanna pittt...lucky me have Murni to help me manage my 3 kids and getting all da housework done...fuhhh... I think Allah may want me to know and feel the real preganancy experience...as before He wanna to ease me cause He know i still study when had the first pregnancy, i still living seperately from my husband and have to handle my first kid when i had the second pregnancy....and for the third pregnancy i had to work like a workaholic workers coz had to walk around the workshop with full of black oil and heavy smoke, get fired madly by fussy customers...yaa i work at car service center not as a mecanic la..but service advisor but still have to manggling aroung the w/shop...once i get back home after work my leg all get crame and my body felt like wanna pull out from my body...luckily i quit from that job...
    i think they(my x-employer) only know to screwed people but put aside the employees' welfare..hmmm

    arghhh...i still have to do my thesis proposal...and i'm not the book worm type and realy hate to read
    and conclude what i'd read to make it my say...whatever

    Untill here and to be continued........

    Wassalam.

    My pregnancy ticker: 1st August 2009 ----- 11 weeks 2 days
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered by Blogger.