Salam.....walau pun dah lama majlis ni berlalu tapi nak cerita jugak...masa lepas majlis ni aku memang tak sempat bebenor nak update blog...jadi ada mood and time boleh lah kan nak cerita dalam blog kesayangan aku ni....
Gambar Khairina yang latest...ops lupa nak announce ni anak sedara aku yg baru lahir bln Nov last year...Nama nyer KHAIRINA IRDINA...aku grab from FB adek aku...comel sgt ... dah besar pun dia yer....dok kat Kedah skang ni dengan nenek nyer (adek aku dok Jitra)
Kenangan semasa hari pertama Khairina lahir di Hosp Sg Buloh...sama tempat aku lahir kan Kakak Marwah.
Masa ni waktu majlis belah pagi...belah pagi kitorang buat sesi untuk tetamu dan kawan. Belah malam untuk orang masjid.
Bahan2 untuk cukur jambul..aku tak tau lah ni adat mana...tapi laki aku
dok bising nak buat apa sumer benda ni...yang aku dok tengah..tak tau
nak belah mana2
Dua2 atok sedang bawa keliling tetamu utk cukur jambul














