Salam...
Baru berpeluang untuk mengupdate blog ku ini...
Minggu ini aku sibuk sedikit kerana keluarga sebelah hubby datang KL. Hari Sabtu selepas habis kerja terus ke SS2 Mall, sepupu hubby yg juga owner Restoran Belanga, menjamu keluarga kami semua makan di sana.
Asalnya keluarga dari Mekah balik ziarah keluarga di sini. Jadi semua ahli keluarga di MY semua masing-masing meraikan kedatangan mereka di sini. Sejak aku bernikah dengan hubby ini kali pertama aku bertemu dengan mereka.
Semalam seharian kami di Nilai rumah sepupu hubby...sedap betul kak Uni masak nasi kerabu..mmg pandai masak...sempat lah bergambar kenangan sebelum mereka pulang ke Mekah.
Sehari sebelum tu mak mertua ku dan mak2 sedara tidur di rumah aku ni.Walaupun kecil tapi tetap selesa. Alhamdulillah semua cukup untuk mereka.
Esok pagi keluarga mertua akan bertolak ke Kelantan semula. Malam tadi sempat aku ke Keramat rumah sepupu hubby juga untuk bertemu seblm bertolak ke kelantan.
Ini keluarga belah hubby. Kalau pandai cuba cari aku kat mana..hehehe...
p/s: InsyaAllah kalau sempat esok aku akan cerita sambungan hari kedua di KK.
The 6th - Part 1
7 years ago
0 comments:
Post a Comment