Tuesday, November 6, 2012

SKINCARE METAL FORTIS Naturall 99 | Siapa pernah guna?

Semalam baru beli produk ni...tunggu lah nanti dalam 7 hari kita tengok ada perubahan atau tak..

Kalau sesapa pernah guna produk ni boleh lah bagi testimoni..ok ke ko kan.

Bagi yang tak kenal rupa METAL Fortis ni meh tengok gambar kat bawah ni.


pic google from http://qinsyamiqa.blogspot.com.



ni wajah saya semalam..kenapa nampak mcm kembang je? (tak sedar diri lah tu)

Monday, November 5, 2012

Cuti datang lagi...Destinasi menarik??

Bulan 11 ini adalah cuti sekolah akhir tahun..dan ini adalah saat yang di tunggu..bukan aku tapi hubby ni yg sukaaaaa sgt bila cuti sekolah..lebih2 lagi cuti akhir tahun lebih kurang sebulan setengah. Bahagia nyer jadi cikgu ni kan!

Jadi ke mana kah kita nak pergi masa cuti sekolah nanti?...hmmmm...tu yang dok pikir2 ni...dengan keadaan kewangan sekarang ni kami kena fikir kan byk faktor sebelum berjalan ke mana2. Semua kena berjimat, yer lah kan skang suami sorang jer yg bekerja.

Antara destinasi menarik yang di suggest kan oleh hubby:

Singapore? (rasa banyak juga belanja ni)
Pulau Tioman (pulau pantai timur tengah musim tengkujuh jadi pegi yg belah barat lah)
Batam (hubby yang beriya sangat nak ke Batam)

Sesapa ada cadangan yang lain..boleh lah share kan!

Dah Beres Kerja Ku

Hari ini aku mengambil kesempatan yang ada untuk buat segala urusan yang tertunda. Kebetulan mujahid ada ambil hadiah untuk anugerah kecemerlangan SK Sri Kiambang Pasir Mas. Jadi anak2 aku yang kecik tu letak kat umah mak mertua. Kat umah mak ada kakak ipar yang boleh jaga mereka. Maka senang sikit aku nak ke sana ke mari.

Mata pelajaran Agama Islam Terbaik

Kemudian dalam pukul 10:30am majlis pun habis. Jadi aku terus ke bandar pasir mas beres kan kerja apa yang patut.

1. Mula-mula ke JPN amik MyKad aku dan MyKid anak2 yang hilang sebab purse aku kena ragut 2 bulan lepas.
Kes ragut ni aku memang tak story dalam blog ni.

2. Ke CIMB buat Debit Kad. Sekejap jer dah siap Debit Kad. Tak perlu tunggu surat dah. Terus leh cucuk atm.

3. Ke Tabung Haji buka akaun anak2 juga akaun aku (dah tua baru nak buka TH haha)

4. Ke Mahkamah untuk sain borang Pesuruhjaya Sumpah.

Pkl 3pm semua selesai, jadi apa lagi balik rumah, rehat,,, petang nanti baru amik budak2 tu.

Abg Marwan dengan Maggi Celup..peneman umi untuk hari ini.

Menu umi pula Nasi Air nyum3...

Gigih akak ni kerja..byk akaun tu nak kena buka hihihi

Mahkamah Pasi Mas...nak cop cuma ke kaunter ni jer..senang kan!

Sunday, November 4, 2012

Mikaiel::DiaperLess

Salam

Hoorayyy!!! saya dah bebas dari PAMPERS di punggung ! hehe

Umi dan abah nyer sebenarnyer yang gembira sesangat..sebab dapat lah jimat sikit kos sara hidup budak kecik sorang ni kan..kahkahkah.....

Apa dia?? tanya mcmana aku potty train mikaiel?? hmmm .. aku ni malas nak tulis entri panjang2. masa nak mula tulis entri ni pun tunggu sebulan jugak lah baru boleh nak mula hahaha..dah jadi suri rumah makin malas nak menulis kat blog sendiri....aku lagi suka baca magazine dan relaks kan diri kalau ada masa terluang..tapi aku tak lupa juga menjenguk ke blog kengkawan..cuma aku tak tinggal kan komen jer di sana..hehe..jangan mare ler yer! hehe

Sejak aku sudah tidak bekerja lagi aku telah memgambil langkah bijak ( hehe bijak lah sangat kan, rasa nyer semua orang akan buat mcm aku kan kalau dah jadi housewife) iaitu melatih anak bongsu aku tu untuk tak pakai pampers lagi. aku mula latih dia selepas hari raya aidilfitri yang baru lepas ni. masa tu umur dia ialah 2 tahun 6 bulan.

kalau nak cakap pengalaman anak2 yg sebelum ni aku pun dah terlupa umur berapa diorang diaperless n macamana aku train. almaklum lah...yg mujahid dah 7 tahun sekarang...yg marwah pula 5 tahun tapi dia masih lagi pakai pampers sebab tak pandai lagi cakap nak kencing tu kena slow2 sikit.

Nak di pendek kan cerita, aku ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk train mikaiel sampai dia betul2 boleh cakap nak kencing berak semua. mula nya mcm rasa tak yakin dapat ajar dia seawal umur 2 tahun setengah, dan dalam minggu pertama tu aku sangat stress sampai dalam bilik air tu menimbun seluar pendek yg bocor dek kerana tak sempat nak ke bilik air atau terkucil kat mana2. hahaha.....

kadang2 kalau dia terkucil tu rasa nak marah pun ada tapi selalu cakap kat hati SABAR, SABAR!! adoiii .... dan selalu cakap boleh ker aku buat ni...dan kadang2 mesti tergerak nak pakai kan pampers jer..senang ambil langkah mudah..fikir2 blk kalau tak ajar sampai bila tak sudah dok pakai pampers jer kan....

jadi sekarang dah lebih kurang 2 bulan mikaiel diaperless...cuma malam jer tido pakai pampers. Siang tido pun aku tak pakai, cuma lapik kan toto dengan plastik kat dalam dia. masa tido siang dia akan terjaga kalau nak terkencing dah akan jerit kata "Umi nak kencing!!!"..... dia akan cakap dgn kuat supaya aku akan cepat2 bawa dia ke toilet. haha.

Cuma nak share  kat sini satu tips, kita kena selalu tanya dia kalau dia ada rasa nak kencing atau tak? dan dalam 2 jam sekali kena bawa terus ke toilet..kalau baru lepas minum susu bawa lah lepas setengah jam minum ke toilet.

Skang ni mikaiel pun dah advance....boleh pergi bilik air sendiri, cuci sendiri ( kecuali berak lah). tapi aku akan monitor dia...cuci sekali lagi..saje je bagi can dia cuci sendiri kalau tak bagi ada pulak yang buat drama dalam bilik air. haishhhh.

Ingat nak letak gambar mikaiel tapi linie broadband ni slow sgt. Jadi sampai sini shj entri untuk kali ni yang nak di kongsi.

See Again!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.