dua tiga hari ni mmg sgt busy dan penuh dgn aktiviti ... nenek aku telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada hari Khamis 30hb April 09 ... alhamdulillah syukur kepada Nya di atas segala kelancaran pembedahan tersebut ... hari khamis aku pergi melawat dan sebelum sampai tiba masa melawat sempat juga aku bawa anak2 ke perpustakaan kanak2 di Perpustakaan Negara .. dekat jer dgn IJN ... bertentangan jer ... so parking kat pustaka dan jalan kaki ke IJN .. parking kat situ free jer.
hari jumaat semalam mak mertua dan mak sedara Mak Su Yah dan Kak Yah , serta ayah Wi datang ke rumahku .. mereka bermalam di sini ... maka aku pun sebok lah menyediakan segala keperluan mereka .. tempat tidur , sarapan, mkn tghari dan sebagai nya ... pada mlm ni (Sabtu) pula mereka semua akan ke Concorde Hotel Shah Alam .. majlis reception anak Ayah Ki ... suami ku tak dijemput (pelik sepupu pun tak dijemput) ... maka tak nak lah menyebok di majlis orang kan ... so jadi drebar je lah anta mak dan sedara mara ke sana jer ... tapi ayah Wi suruh juga abg ku masuk ... kalau tak der tempat ayah Wi pun akan turut keluar ...
hai mcmana tah diorang ni arrange jemputan sampai sedara terdekat pun tertinggal .. maklum lah tuan punye majlis kenamaan ... mesti tak pandang lah org yg tak der pangkat aper ni kan ...
tghari ni bawak mak, mak su , dan kak yah ke warta bangi ni ... mak su nak cari baju blouse utk dok kat umah , mak nak jalan2 dan kak yah nak cari jubah ... jalan satu warta tapi tak beli pun apa yg di ingin kan ... tak jumpa yg berkenan kata nyer ... so kaki pun dah naik letih .. aku tak per lah, cuma mak dan mak su jer yg nampak mcm dah abis gas ... kesina lak kalau nak bawa jln lagi ...ingat kan nak bawa ker kompleks pkns lak ... hihihi ... mkn tghari aku cuma beli lauk jer dan makan kat umah ... lagi pun lauk pasah pun tak der ... bagus lah tak yah lah nak berkecah kat dapur pulak .. boleh rileks sikit...
Anak Saya Tak Pandai Masak.
9 years ago
0 comments:
Post a Comment