Monday, December 17, 2012

Jumpa Dr & Scan Perut & FIBROID

Salam,

Masa buka buku merah minggu lepas tak jumpa doktor lagi. Jadi hari ni aku kena pergi ke klinik pasir mas untuk jumpa doktor, ambik darah dan scan kandungan.Temujanji pukul 8 tapi aku datang pukul 10.hihi..suka hati jer...

Sampai2 kat klinik aku dah confuse nak masuk pintu mana. Mana tak nya klinik ni besar lah jugak. Ada dalam 4-5 pintu. Satu2 pintu aku masuk. Rupa nya yang last sekali baru pintu pendaftaran. Naseb baik tanya kat adek kat luar , dia kata hujung sekali daftar.

Dalam 10 minit tunggu, aku terus di panggil masuk ke bilik 6 untuk ambil darah. Dalam hati kata

"Nebes pulak nak amik darah ni!"

Nurse pun panggil, di suruh hulur kan tangan, di tepuk2 nyer muka siku aku. Hmmm....terus lengan diikat dengan tali getah. Kapas kebas di sapu ke muka siku, terus jarum di cucuk...Adoiii...rasa mcm kena gigit semut..lepas tu tak terasa apa. Nampak darah seakan-akan berlumba-lumba nak masuk ke dalam picagari. Ada jugak yang terkeluar dari jarum berkumpul di tepi. Murah darah aku ni. Sekejap jer dah penuh picagari 5ml.

Nurse amik tester untuk HIV, dia seakan seperti
upt test. Darah di titik kan ke atas bulatan kecil yang pertama, dan air setitik ke atas bulatan kecil kedua. Lama-kelamaan pengukur bertukar warna. Aku tak tahu mcmana dia ukur tester tu. Tapi yang pasti nurse tu terus bulat kan NEGATIVE kat dalam result. :) Ni first time tgk nurse buat HIV test. Sebelum ni kat klinik lain di tak tunjuk depan patient. Selain dari HIV test, darah yg di ambil guna untuk check penyakit, jenis darah. Tu jer yang nurse bg tau hehehe.

Kemudian, buku merah di letak kembali dalam raga/bakul. Dalam 15 minit aku di panggil oleh Nurse/Sister. Sister kot sebab pakai baju biru. Sister ni baik...cakap pun lembut, dan selesa berbual dengan dia. Sekali sekala ada juga gelak ketawa..tapi aku tak ingat apa yang kami berdua bual kan. Cepat lupa lah aku ni. Banyak sangat makan semut. huahua.

Seterusnya, akhir sekali kena jumpa doktor. Yang jumpa doktor ni bilik dia yang depan sekali kat pintu masuk. Lama jugak lah tunggu dalam 40-45 minit. Sampai giliran aku, doktor suruh duduk. Nama doktor tu Suhana. Manis dan baik orang nya. Dia tanya "Sehat ke hari ni ?" . Aku jawab Alhamdulillah. Mula-mula tu mcm biasa jer. Dia nak pasti kan tarikh aku period bila n nak kira minggu ke berapa.

Lalu di suruh aku baring di atas katil untuk scan perut. Masa scan doktor cakap kecik lagi kandungan aku. Baru dalam 6 minggu. Tapi dia nampak sesuatu pula   di tepi rahim. Ada ketulan FIBROID. Aku terus tanya doktor

"Apa FIBROID tu?"

Sebenarnya aku mmg dah pernah dengar pasal tu tapi saja nak tanya doktor. Dok kata dia mcm ketulan. Tapi tak merbahaya. Dia ada lagi terangkan pasal fibroid, tapi aku tak ambil perhatian sebab rasa takut dah kuasai kepala dan fikiran.

Terus aku tanya " Habis tu nak kena buat macamana doktor?"

Dok jawab " Takper. Dia tak merbahaya. Walaupun dia adalah ketumbuhan tapi tak merbahaya"

Aku lega.....
Nanti nak kena buat research sikit tentang fibroid ni.

Doktor kata aku ni byk masalah:

1. Ada history diabetis masa pregnancy lepas.
2. Ni anak ke-lima (tak faham kenapa kalau anak dah 5  menjadi masalah)
3. Faktor umur. (aku baru 30tahun, masalah ke nak beranak anak ke 5 )
4. Unsured of EDD, sebab kandungan kecil lagi
5. Ada fibroid (ni kena repeat balik utk pasti kan)

Apa-apa pun next month kena datang semula untuk buat check up n scan. Juga tak lupa minum air gula ya!!!

TaTa TiTi TuTu !!






Saturday, December 15, 2012

Mengandung Lagi!

Sah, saya mengandung lagi anak ke-LIMA!. hahaha....

Walaupun tak menyangka akan mengandung semula secepat ini, tapi dalam lubuk hati tetap berasa sangat gembira. Sebenarnya masih serik lagi nak tambah anak..yang ada empat ni pun dah pening di buat nya. Ingat kan nak lah enjoy dulu dengan abah nya...pergi holiday ker berdua...tapi dah kalau ada baby lagi ni nampak nya memang lambat lagi lah nak berholiday berdua. Confirm baby akan menyusu badan dan susah nanti nak tinggal. hmmm.

Aku baru sahaja dapat tahu mengandung minggu lepas semasa cuti-cuti Malaysia (balik Shah Alam jer pun) kitorang. Sebenarnya seminggu buat ujian upt tu dah buat sekali ujian tapi yang timbul hanya 1 line jer....dalam beberapa saat tu nampak jer 1 line terus aku kata

"Confirm aku tak ngandung" - senyum dalam hati

Sebab dalam hati pun kuat kata tak mengandung, maka aku tanpa membuang masa nyer terus jer masuk kan result upt tu ke dalam tong sampah. Kemudian laki aku marah2..bukan lah marah tapi cuma beritahu

"Kenapa tak tunggu esok pagi jer lepas subuh..nanti tak tepat result dia"

Aku ni pulak jenis tak sabar...dan bagi aku kalau ngandung mesti dia tunjuk positif..ni negatif kan jadi tak ler. hahha.

Kemudian masa di Shah Alam, aku tergerak nak beli lagi UPT kali ni aku siap beli 2 terus sebab murah...4 hinggit jer..kalau kat pasir mas mau 8 hinggit hubby beli dulu. Jadi nak mandi untuk solat maghrib tu aku pun test ler. Dalam hati ni berdebar-debar tunggu jalur tu bergerak. Aku nampak garis pertama yang tunjuk negatif dah bertukar biru. Tunggu sekejap jer lagi nak tentukan sama ada line kedua tu bertukar atau pun tidak. Lama-kelamaan aku nampak seakan-akan ia bertukar kepada biru. Dan menjadi semakin cerah pulak. Aku pun membelek plastik pembalut dan melihat arahan petunjuk di belakang. 2 line maknanya positif. Macam tak percaya aku membelek plastik pembalut sambil meletak kan tester dia sebelah petunjuk tu.

"Ya Allah! Sah aku mengandung" aku terkesima kat dalam toilet.haha

Lepas solat maghrib, aku tarik hubby dok dekat aku dan kata kat dia

"Ummi pregnant la"

Bole pulak dia kata "Tahniah". Padahal ni pun keje dia jugak. hahaha. Jadi aku pun kata "Tahniah kat abang jugak!"

Dalam 2 bulan yang lepas gigih juga aku bersenam aerobik kat rumah. Melompat sana lompat sini....kayuh basikal lah. MasyaAllah nasib baik lah tak jadi apa-apa. Nampak nyer rezeki nak dapat baby kuat. Tapi masih jauh lagi perjalanan. Harap2 semua nya berjalan dengan baik dan selamat sampai melahir kan.

Hari Rabu yang lepas aku dah buat buku merah di Klinik Kesihatan Repek. Rupa-rupanya aku ni dah 14minggu!. Tapi belum scan lagi. In Syaa Allah minggu depan baru jumpa doktor di Klinik Besar Pasir Mas. Selalu nya kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas kalau kira ikut tarikh hari pertama period, temph hamil memang tak tepat. Kena scan baru boleh tahu tempoh hamil sebenar.

Okay lah...until here. Nanti kita tulis lagi.

Tuesday, November 6, 2012

SKINCARE METAL FORTIS Naturall 99 | Siapa pernah guna?

Semalam baru beli produk ni...tunggu lah nanti dalam 7 hari kita tengok ada perubahan atau tak..

Kalau sesapa pernah guna produk ni boleh lah bagi testimoni..ok ke ko kan.

Bagi yang tak kenal rupa METAL Fortis ni meh tengok gambar kat bawah ni.


pic google from http://qinsyamiqa.blogspot.com.



ni wajah saya semalam..kenapa nampak mcm kembang je? (tak sedar diri lah tu)

Monday, November 5, 2012

Cuti datang lagi...Destinasi menarik??

Bulan 11 ini adalah cuti sekolah akhir tahun..dan ini adalah saat yang di tunggu..bukan aku tapi hubby ni yg sukaaaaa sgt bila cuti sekolah..lebih2 lagi cuti akhir tahun lebih kurang sebulan setengah. Bahagia nyer jadi cikgu ni kan!

Jadi ke mana kah kita nak pergi masa cuti sekolah nanti?...hmmmm...tu yang dok pikir2 ni...dengan keadaan kewangan sekarang ni kami kena fikir kan byk faktor sebelum berjalan ke mana2. Semua kena berjimat, yer lah kan skang suami sorang jer yg bekerja.

Antara destinasi menarik yang di suggest kan oleh hubby:

Singapore? (rasa banyak juga belanja ni)
Pulau Tioman (pulau pantai timur tengah musim tengkujuh jadi pegi yg belah barat lah)
Batam (hubby yang beriya sangat nak ke Batam)

Sesapa ada cadangan yang lain..boleh lah share kan!

Dah Beres Kerja Ku

Hari ini aku mengambil kesempatan yang ada untuk buat segala urusan yang tertunda. Kebetulan mujahid ada ambil hadiah untuk anugerah kecemerlangan SK Sri Kiambang Pasir Mas. Jadi anak2 aku yang kecik tu letak kat umah mak mertua. Kat umah mak ada kakak ipar yang boleh jaga mereka. Maka senang sikit aku nak ke sana ke mari.

Mata pelajaran Agama Islam Terbaik

Kemudian dalam pukul 10:30am majlis pun habis. Jadi aku terus ke bandar pasir mas beres kan kerja apa yang patut.

1. Mula-mula ke JPN amik MyKad aku dan MyKid anak2 yang hilang sebab purse aku kena ragut 2 bulan lepas.
Kes ragut ni aku memang tak story dalam blog ni.

2. Ke CIMB buat Debit Kad. Sekejap jer dah siap Debit Kad. Tak perlu tunggu surat dah. Terus leh cucuk atm.

3. Ke Tabung Haji buka akaun anak2 juga akaun aku (dah tua baru nak buka TH haha)

4. Ke Mahkamah untuk sain borang Pesuruhjaya Sumpah.

Pkl 3pm semua selesai, jadi apa lagi balik rumah, rehat,,, petang nanti baru amik budak2 tu.

Abg Marwan dengan Maggi Celup..peneman umi untuk hari ini.

Menu umi pula Nasi Air nyum3...

Gigih akak ni kerja..byk akaun tu nak kena buka hihihi

Mahkamah Pasi Mas...nak cop cuma ke kaunter ni jer..senang kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.