Sah, saya mengandung lagi anak ke-LIMA!. hahaha....
Walaupun tak menyangka akan mengandung semula secepat ini, tapi dalam lubuk hati tetap berasa sangat gembira. Sebenarnya masih serik lagi nak tambah anak..yang ada empat ni pun dah pening di buat nya. Ingat kan nak lah enjoy dulu dengan abah nya...pergi holiday ker berdua...tapi dah kalau ada baby lagi ni nampak nya memang lambat lagi lah nak berholiday berdua. Confirm baby akan menyusu badan dan susah nanti nak tinggal. hmmm.
Aku baru sahaja dapat tahu mengandung minggu lepas semasa cuti-cuti Malaysia (balik Shah Alam jer pun) kitorang. Sebenarnya seminggu buat ujian upt tu dah buat sekali ujian tapi yang timbul hanya 1 line jer....dalam beberapa saat tu nampak jer 1 line terus aku kata
"Confirm aku tak ngandung" - senyum dalam hati
Sebab dalam hati pun kuat kata tak mengandung, maka aku tanpa membuang masa nyer terus jer masuk kan result upt tu ke dalam tong sampah. Kemudian laki aku marah2..bukan lah marah tapi cuma beritahu
"Kenapa tak tunggu esok pagi jer lepas subuh..nanti tak tepat result dia"
Aku ni pulak jenis tak sabar...dan bagi aku kalau ngandung mesti dia tunjuk positif..ni negatif kan jadi tak ler. hahha.
Kemudian masa di Shah Alam, aku tergerak nak beli lagi UPT kali ni aku siap beli 2 terus sebab murah...4 hinggit jer..kalau kat pasir mas mau 8 hinggit hubby beli dulu. Jadi nak mandi untuk solat maghrib tu aku pun test ler. Dalam hati ni berdebar-debar tunggu jalur tu bergerak. Aku nampak garis pertama yang tunjuk negatif dah bertukar biru. Tunggu sekejap jer lagi nak tentukan sama ada line kedua tu bertukar atau pun tidak. Lama-kelamaan aku nampak seakan-akan ia bertukar kepada biru. Dan menjadi semakin cerah pulak. Aku pun membelek plastik pembalut dan melihat arahan petunjuk di belakang. 2 line maknanya positif. Macam tak percaya aku membelek plastik pembalut sambil meletak kan tester dia sebelah petunjuk tu.
"Ya Allah! Sah aku mengandung" aku terkesima kat dalam toilet.haha
Lepas solat maghrib, aku tarik hubby dok dekat aku dan kata kat dia
"Ummi pregnant la"
Bole pulak dia kata "Tahniah". Padahal ni pun keje dia jugak. hahaha. Jadi aku pun kata "Tahniah kat abang jugak!"
Dalam 2 bulan yang lepas gigih juga aku bersenam aerobik kat rumah. Melompat sana lompat sini....kayuh basikal lah. MasyaAllah nasib baik lah tak jadi apa-apa. Nampak nyer rezeki nak dapat baby kuat. Tapi masih jauh lagi perjalanan. Harap2 semua nya berjalan dengan baik dan selamat sampai melahir kan.
Hari Rabu yang lepas aku dah buat buku merah di Klinik Kesihatan Repek. Rupa-rupanya aku ni dah 14minggu!. Tapi belum scan lagi. In Syaa Allah minggu depan baru jumpa doktor di Klinik Besar Pasir Mas. Selalu nya kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas kalau kira ikut tarikh hari pertama period, temph hamil memang tak tepat. Kena scan baru boleh tahu tempoh hamil sebenar.
Okay lah...until here. Nanti kita tulis lagi.
The 6th - Part 1
7 years ago
4 comments:
tahniah awak..!! tumpang gumbira pula kiter nie...
tahniah ikin,baru la nanti sama ngan mak teh....rezeki melimpah ruah nanti,insyaallah..jaga diri ya
Azue: Terima kaseh awk!
mak teh, terima kasih. insyaallah..harap rezeki makin murah.
Post a Comment