Saturday, September 1, 2012

Seronok ke jadi WAHM???

Salam,

Mata tak mengantuk jadi boleh lah menulis sikit malam ni (dek kerana penangan air nescafe lah ni, mta ku tak dapat lelap)...hubby pulak main futsal tengah malam ni...jadi boleh tunggu dia sekali blk..then baru tido.

Secara officially nya today aku dah jadi seorang suri rumah sepenuh masa...kalau ikut kan my last day ialah pada 31st August...tapi ada byk cuti berlebih maka dapat lah berhenti awal sikit dan bercuti raya sakan dengan famili...hehe..my home sweet home now is at PASIR MAS KELANTAN.

Best sebenar nya jadi full time h/wife ni walaupun penat haha...jadual kerja ku bermula seperti aku bekerja dulu juga..maksud nyer memang kalau tak keje pun kena bgn awal jugak siap kan anak2 dan suami nak ke sekolah...urusan hanta ambil anak memang dah jadi tugas aku setiap hari.....tapi yg kelakar nye setiap hari pasti anak2 ku akan terlewat ke sekolah dek kerana nak mengangkut semua anak2 masuk ke kereta dan macam kerenah2 di buat nyer ..lebih2 lagi yg paling kecil tu....sambil aku nak kunci pintu mesti ada jer kerja yg dibuat nyer mcm buka air paip dan siram rumput liar yg memang dah subur di halaman rumah aku tu....adoiii pening kepala di buat nyer..nanti ada pulak sorang lagi terjerit kerana berebut nak menyiram juga...hmmmm.....mana tak lewat setiap hari. haha.

Lagi satu setiap hari pening memikir kan apa menu nak masak untuk anak2 dan suami bila diorang pulang dari sekolah nanti...bagi suami aku, aku tahu ulam, budu dan ikan tawar memang dah jadi feveret nye setiap hari...maka tak susah untuk di sedia cuma kena tambah sikit lagi lauk sebab anak2 tak makan ulam dgn budu mcm tu..hehe..jadi aku selalu masak tomyam campur..dan kadang mak mertua mesti akan suruh aku amik lauk kat umah dia untuk bawa balik....umah mak mertua dgn umah sewa ku tak jauh..lebih kurang 10 minit perjalanan shj. Dan sekolah anak2 pun berdekatan shj dgn umah mak...maka tak jadi masalah kalau nak singgah ke sana setiap kali.

Suami pulang lebih kurang dalam pukul 3 lebih ptg....kdg makan tghari terus kdg lepas asar baru mkn...dan rutin harian belah petang pasti akan berkunjung rumah mak mertua untuk riadah anak2 dan juga ibu bapa nyer sekali. Rasa tenang kalau dapat jejak kaki ke umah mak setiap petang, merehat kan minda lah katakan. Dengar celoteh mak dan jugak kakak dan adik ipar yg menggeli kan hati, boleh buat kan aku hilang rasa rindu terhadap mama dan abah di Shah alam. Di sana juga anak2 ku boleh berjumpa dengan sepupu2 mereka dan bermain bersama. Setiap petang boleh di katakan aku dan adik beradik ipar akan bertandang ke umah mak..walaupun tak semua tapi ada lah sorang dua yg selalu ke sana juga. Di sebab kan mereka juga bekerja, maka anak2 yg bersekolah akan di tumpang kan dahulu di umah mak sebelum pulang dari bekerja.

Rutin malam, anak2 wajib mengaji terlebih dahulu sebelum apa2. Selalu aku yang mengajar, sebab suami dah penat bekerja seharian, jadi aku ambil alih tugas mengaja lah pulak. (hubby boring dah seharian dok ngajar budak kat sekolah kan). Kadang2 anak2 sempat makan, kadang2 tak sempat sebab tertidur kepenatan. Tapi aku akan periksa buku2 mereka kalau ada kerja yang tak siap, jadi esok pagi2 aku akan ambil kesempatan masa sebelum ke sekolah untuk bagi tahu mereka adakah kerja perlu di siapkan..kalau ya aku akan suruh siapkan dulu sebelum hantar mereka ke sekolah.

Waktu tidur ku tidak lah terlalu lewat, secara purata aku tido pukul 12 malam...tapi aku seboleh akan cuba bereskan dulu kerja rumah yg tergendala especially pinggan mangkuk yg ada di sinki perlu di bereskan dulu supaya esok tak rasa frust untuk bersilat kat dapur..hehehe...kalau kain baju tu mmg lambat sikit nk beres sebab air guna pam jadi tak dapat nak cuci malam masa tido..nanti membazir elektrik sebab pam terpasang sepanjang masa. Lantai yg melekit kalau sempat dan tak penat aku akan mop waktu malam juga supaya esok tak perlu mop lagi. Tapi kalau ada anak kecik ni memang satu hari mop ada lah 2-3 kali sebab diorang suka sgt makan nasi nak bawah dan bersepah butir nasi tu...hehehe...

Apa lagi rutin harian ku..hmmm...nanti kita cerita lagi ya... Selamat Malam.






Tuesday, August 28, 2012

Syawal 1433H

Assalamualaikum....

sebelum kita bercerita panjang dalam blog ni kan...meh kita letak gambar raya hari tu..hehe...next entry baru kita story panjang-panjang...skang ni aku busy menjadi suri rumah sepenuh masa..memang betul lah suri rumah ni lebih sebok dan penat dari kerja kat luar tu..

Selamat Hari Raya semuaaaa!!!!

Monday, June 25, 2012

Balik kampung naik bas

Salam,

Alhamdulillah cuti yg apply last minit approve juga. Ye lah bln depan tak dapat nak amik cuti sebab officemate nak g umrah Dan sorang lagi nak g bercuti.

Jadi minggu ni tak ada orang cuti maka bos pun dengan senang hati melepaskan lah aku pergi.

Cuti Kali ni aku Dan anak-anak Marwah Mikaiel ambil peluang balik kampung hubby Kat Pasir Mas. Nak jenguk macamana lah keadaan mereka Kat sana. Rasa dah sebulan Marwan Mujahid bersekolah kat sana. Dalam telefon macam-macam yang bag tau, kena buli lah, kelas bising tak boleh belaja lah, buku takder la. Naik risau umi dia ni dengar.

Aku balik kg hari Sabtu malam ahad tu. Walaupun keje hari tu tapi sebab tak sabar, lepas keje tu terus siap2 blk kg. Ni first time aku naik bas dengan anak. Anak kecik pulak tu. Sebelum tu dok fikir boleh ke aku handle 2 orang ni. Tapi tawakal jer lah. Hopefully bas malam diorang akan tido jer sepanjang perjalanan.

Memang betul diorang tido jer. Yang plg best kakak marwah memang tak sedar apa. Mana tak nyer, dia dapat satu seat dok sorang. Soh share ngan adek marah, tapi kakak mmg macam tu. Dia tak selesa kalau berselisih kaki ke badan ke. Memang akan mengamuk. Jadi kaiel dok atas riba lah ngan aku.

Dalam bas memang aku dah siap2 kan bekal, keropok. Coklat yang plg penting susu. Buat sebotol jer dah cukup diorang ni samapi pkl 5 pg.

Cuma mikaiel jer sblm pkl 10 nak tido tu, dia sebok nak jalan Kat temapt laluan bas Kat tengah. Melalak nak ke situ, aku pun biar. Bila bas brek tersungkur dia ke depan. Ha baru lah takut. Aku pun terus peluk tepuk2 bg susu suruh tido.

Sepanjang perjalanan aku tido jer.budak2 ni pun tido memanjang. Sampai berhenti Kat Meraphoh pun aku tak sedar. Nasib baik tak rasa nak kencing. Kalau tak susah pulak nak berangkut beramai-ramai gi tandas. Hehehe.

Sampai p.mas pkl 5. Abang dah siap tunggu Kat muka pintu bas. Dari jauh kaiel menjerit "Abahhhhh!!!!!". Rindu betul Kat abah.

Bestnyer, bercuti seminggu. Dapat bersama keluarga, lengkap satu famili.

Sunday, June 17, 2012

Mereka ke sekolah baru

Salam,

Update blog lah arini...buka blog dengar lagu yang romantis ni buat hati aku jadi sayu pulak..al maklum lah buah hati aku jauh di mata. Tapi skang ada banyak teknologi jadi sentiasa 24 jam berhubung jer sokmo.

Selepas my holiday trip from Krabi selasa lepas hubby pun pulang lah ke kampung. Dia pun nak mula dah mengajar sekolah baru. Juga anak2 ku yang dah mula kan pembelajaran masing-masing kat sana.

Sekarang takder mood nak citerpasal cuti2 malaysia..aku sgt teruja nak bercerita tentang anak2 di kampung dan  orang yg ku sayang iaitu en suami.

Sebelum hubby pindah dia dah siap2 belikan aku hp satu lagi utnuk aku pakai line. Supaya senang nak online sentiasa bila2 masa (sebenarnya dia nak monitor aku hahaha). dengan hubby pun pakai 2 handphone mcm aku. Dua2 senang nak online. Jadi bila dah ada line kat hp ni dok asyik ber WhatApps jerrrrr...tapi aku sukaaaaa...because I really missss himm .. always...even in my dream (hisshhh berjiwang pulak).

Sambil Whatapps dok sent gambo jer memanjang..hehehe...buat aku terasa dekat dengan dia.

 Marwan posing kat moto. Sawah padi belakng umah mak. Best kan kampung ada sawah padi. Aku berangan nak buat umah kat sawah padi hehehe. Sejuk jer berangin :)

 Tu moto yang di bawa dari KL terus ke kelantan. Drive sendiri tu. Takde main pos2 dah. hehehe.

 Ni gambaar hubby sent masa diorang dok solat maghrib. Yang imam tu Abg Marwan. Hubby kata Marwan siap baca surah Wadduha masa rakaat pertama, rakaat kedua surah Al Falaq pulak. Alhamdulillah....dah berani untuk jadi imam. kalau tak dulu masih malu2 lagi. Ada hikmah dok kat kampung. Boleh belajar berdikari dan latih diri untuk disiplin.

 Masa ni hubby pegi majlis Isra Mikraj. 

 Majlis berlangsung di seklah tahfiz ini.

 Yang ni pulak aku sent kat hubby. Kakak Marwan di pagi hari sudah main kat luar.

 Jugak adek Mikaiel. Suka main tolak basikal dia hehehe.

 Pagi semalam hubby gi tgk bola dekat dgn umah. Ni aktiviti yang dia suka :)

 Hahaha..jangan marah..apa yang aku makan pun aku tunjuk kat hubby...Sodap kata nyer.

 Yang ni faveret hubby Air Tuak hehehe

 Mujahid selepas di bojengg botak

 Ishhh...comot nyer anak aku..ni lah kalau mak nyer takder.. tak terurus dah aku nengok nyer.

Di hujung umah tulah tempat selalu anak2 aku dok main dengan sepupu2 dia.

Hari ni first day Hubby ke sekolah selepas bercuti seminggu ke Krabi. Aku doa kan semoga dia dipermudah kan untuk mengajar. Kena ngajo bahasa arab kata nyer. Naseb lah bang...belajar sekali yer sambil2 dok ngajar murid tu. Agak nyer murid lagi teror dari dia kuikukui..jgan marah I gurau jer...
How I Wish U are beside Me.. miss you.
Bye. Wassalam.
Sekian.

Saturday, June 9, 2012

Nak let Go kasut


VOIR size 7
Let go for RM45
Used only twice
Reason let go tak biasa pakai high heel.
Condition sangat baik.
berminat sila email
farah.ikin@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.