Sunday, June 17, 2012

Mereka ke sekolah baru

Salam,

Update blog lah arini...buka blog dengar lagu yang romantis ni buat hati aku jadi sayu pulak..al maklum lah buah hati aku jauh di mata. Tapi skang ada banyak teknologi jadi sentiasa 24 jam berhubung jer sokmo.

Selepas my holiday trip from Krabi selasa lepas hubby pun pulang lah ke kampung. Dia pun nak mula dah mengajar sekolah baru. Juga anak2 ku yang dah mula kan pembelajaran masing-masing kat sana.

Sekarang takder mood nak citerpasal cuti2 malaysia..aku sgt teruja nak bercerita tentang anak2 di kampung dan  orang yg ku sayang iaitu en suami.

Sebelum hubby pindah dia dah siap2 belikan aku hp satu lagi utnuk aku pakai line. Supaya senang nak online sentiasa bila2 masa (sebenarnya dia nak monitor aku hahaha). dengan hubby pun pakai 2 handphone mcm aku. Dua2 senang nak online. Jadi bila dah ada line kat hp ni dok asyik ber WhatApps jerrrrr...tapi aku sukaaaaa...because I really missss himm .. always...even in my dream (hisshhh berjiwang pulak).

Sambil Whatapps dok sent gambo jer memanjang..hehehe...buat aku terasa dekat dengan dia.

 Marwan posing kat moto. Sawah padi belakng umah mak. Best kan kampung ada sawah padi. Aku berangan nak buat umah kat sawah padi hehehe. Sejuk jer berangin :)

 Tu moto yang di bawa dari KL terus ke kelantan. Drive sendiri tu. Takde main pos2 dah. hehehe.

 Ni gambaar hubby sent masa diorang dok solat maghrib. Yang imam tu Abg Marwan. Hubby kata Marwan siap baca surah Wadduha masa rakaat pertama, rakaat kedua surah Al Falaq pulak. Alhamdulillah....dah berani untuk jadi imam. kalau tak dulu masih malu2 lagi. Ada hikmah dok kat kampung. Boleh belajar berdikari dan latih diri untuk disiplin.

 Masa ni hubby pegi majlis Isra Mikraj. 

 Majlis berlangsung di seklah tahfiz ini.

 Yang ni pulak aku sent kat hubby. Kakak Marwan di pagi hari sudah main kat luar.

 Jugak adek Mikaiel. Suka main tolak basikal dia hehehe.

 Pagi semalam hubby gi tgk bola dekat dgn umah. Ni aktiviti yang dia suka :)

 Hahaha..jangan marah..apa yang aku makan pun aku tunjuk kat hubby...Sodap kata nyer.

 Yang ni faveret hubby Air Tuak hehehe

 Mujahid selepas di bojengg botak

 Ishhh...comot nyer anak aku..ni lah kalau mak nyer takder.. tak terurus dah aku nengok nyer.

Di hujung umah tulah tempat selalu anak2 aku dok main dengan sepupu2 dia.

Hari ni first day Hubby ke sekolah selepas bercuti seminggu ke Krabi. Aku doa kan semoga dia dipermudah kan untuk mengajar. Kena ngajo bahasa arab kata nyer. Naseb lah bang...belajar sekali yer sambil2 dok ngajar murid tu. Agak nyer murid lagi teror dari dia kuikukui..jgan marah I gurau jer...
How I Wish U are beside Me.. miss you.
Bye. Wassalam.
Sekian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.