Wednesday, June 6, 2012

khabar dari kampung...

 Salam,

Gambar di ambil oleh suami dari kampung buat pengubat rindu. Suka je diorang dok kat sana ye. Umi dia yang susah hati dok sedih , nangis kat sini :(.

Minggu depan dah nak masuk sekolah. Cik suami dah settle kan urusan pertukaran sekolah. Alhamdulillah dapat sekolah yang kami minta. Sekolah tu juga sekolah sepupu-sepupu diorang ni. Seronok lah dapat sekolah sesama. Sesupu pun sebaya, boleh belaja2 sama..harap harap belajar lah anak2 aku nanti. Jangan asyik main ajer memanjang.

Aku dah pesan kat cik suami, aku amanah kan pelajaran anak pada dia. Kena pasti kan mereka pergi tusyen dan ul;angkaji pelajaran. Selalu nya semua tu aku yang buat, tapi dah umi dia dok jauh , jadi tanggungjawab beralih kepada si Abah pulak yer. Umi tau abah boleh buat semua tu , kan!!!

 Abang Marwan ...peace!!!!

Abang Mujahid!!!!



Tuesday, June 5, 2012

rindu pada blog saya

Assalamualaikum,

rindu kat blog!!..tapi saya sebenarnya rindu kat anak2, suami sebab mereka sedang berjauhan dari saya. Nak story sekarang takder mood lagi. Mood ke laut kata orang. hehehe...

tapi yang pasti sejak dua menjak ni banyak yang berlaku..perkara yang tak di sangka akan berlaku..terjadi juga.yang tak ku jangka tapi kena hadapi nya dengan tabah dan sabar.

Dengan sokongan dari suami aku gagah kan juga dugaan ini...Semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dan aku redha dengan kehendak yang Maha Esa..semoga di murah kan rezeki kami sekeluarga dan dijauhi dari mala petaka. Ameen.

Untuk suamiku tersayang. salam rindu dari jauh. Jauh di mata dekat di hati.

Wassalam

pic from google

Saturday, May 26, 2012

Thanks

Salam..

Lama tak menulis...today  dah public kan my blog.
sebab sebelum ni blog under construction.. so tak leh lagi nak reveal kat readers.

So..here it is my new blog template..Thanks a lot to Ida from KraftyPalette for the lovely template.
And Ida is my saver after i accidently remove myself from admin...Luckily Ida still admin and she add me back. Fuhhh...terkecut perut tadi bila fikir blog i akan terkubur jadi peringatan...but now Alhamdulillah semua dah selamat..:P

See you all again in my next entry .. bye!

Thursday, April 5, 2012

remove blog header and i learn how to center blog title

salam to all....

Sekarang aku sedang menunggu aku punyer new blog design template siap. Aku tempah daripada KraftyPalete. Boleh pergi ke link kalau nak tengok hasil kerja beliau. As for me aku sangat suka hasil kerja beliau. Jatuh cinta pandang pertama kata orang tu... T_______T.

since header aku yang lama tu dok papar gambar anak2 ku masa diorang kecik, jadi aku pun remove lah header tu. Aku soh Ida (from KraftyPalete's owner) create a new header. Gambar2 yang aku bagi pada Ida tu semua aku main rembat jer dalam hardisk mana yang ada. Hopefully ida boleh create header yang cun dan meletoppp yekk...hehee

So after remove header...kat atas blog tu jadi blank jerrr...Maka aku pun lah letak tag line aku sendiri yang terus keluar dari otak ni...tapi at first the header blog title to jadi ke tepi belah kiri...puas aku edit html tu nak bagi dok kat tengah...

Untuk cepat malas nak fikir edit2..aku pun google jer...(ada teknologi masih lagi nak pening kan kepala kannnn)...lalu terjumpa lah satu discussion group ni

++++++++++++++++++
Letak kan code di bawah pada CSS code anda. Tolong ingat untuk back up template anda terlebih dahulu. In case kalau CSS code anda tak menjadi.(telah di alih bahasa kepada bahasa yang mudah di  fahami. i refer to this link.

header
{
 text-align:center;
 position:relative ;
}
++++++++++++++++++

Sebagai contoh yang aku dah buat. Sila klik picture untuk tumbesaran yg lebih besar (betul ke ayat ni):


Yang ni sebelum add CSS code. Lihat betul2..tagline aku "pena di alam maya" yang aku highlight kotak merah jadi ke sebelah kiri page kan...dan lebih teruk lagi ia terlindung dgn button The cutest blog on the Block. Tak ke cacat kan pemandangan anda semua. :)

After add CSS code. Kan lebih cantik.Baru lah sodap mata ni memandang. Pada yang tak tau nak gi mcmana ke Add CSS code leh refer to this link. . Kita boleh jarak kan header title tu ikut suka kati kita. Cuma edit CSS code contoh :


header{
 text
-align:center !important;
 position
:relative;
 left
: 130px;
}

Kita boleh edit berapa px yang kita nak title tu supaya move either left lebih or right lebih. anda akan nampak perubahan serta merta pada layout review bila buat perubahan px.

Ilmu yang sangat berguna bg aku..dah harap pada orang lain.

Wednesday, April 4, 2012

shaklee

:-) tak sabar nak mula makan..ada perubahan ke nanti? ;-) kita tunggu dan lihat :-D


Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.