Friday, June 21, 2013

Almond Choc & Semprit Dahlia

Salam....

Nyum, Nyum, Nyum...menitis air liur tengok biskut Almond Choc dan Semprit Dahlia ni....ni member yang buat..Homemade lagi...bukan dari kilang.
Dia buat sambilan di rumah sambil menjaga anak-anak dan suami...seronok kalau orang pandai buat keuh dan biskut ni..leh dapat pendapatan samping atau duit raya.
Setakat ni dia baru amik tempahan luar tahun ni...sebelum ni cuma keluarga terdekat sahaja yang tempah...dan rasa nyer memang tah menghampakan..sebab tu ramai kawan-kawan dan keluarga syorkan dia jual..hehehe


aku pun ada juga order biskut2 ni...dan saja nak tolong dia cari kan customer...kalau ada sape2 yang nak order..aku leh tolong lah orderkan.

Almond Choc RM35/50 bj
Amik 3 balang RM100/150 bj (3 balang)
(Almond dah naik harga skang jadi mahal sikit...lagipun dalam papercup tu mmg almond semata-mata...heaven kan!!!)

Semprit Dahlia RM25/50 bj
Amik 3 balang RM70/150 bj (3 balang)

InsyaAllah...akan ada lagi biskut yang member nak buat. Nanti aku akan iklan kan kat dalam blog lagi....

Interested/Inquiry please comment or email to
farah.ikin@gmail.com
@
SMS/WhatsApp 0189822969
COD Area Shah Alam/Puncak Alam
Pos Laju Semenanjung/Sabah & Sarawak
Price Not Include Postage

Monday, April 29, 2013

IKLAN : Umah Untuk Di Sewa ( Kajang )

Salam....



Ini ialah rumah sendiri untuk di sewa. Sila refer post ni untuk lihat rumah. Di dalam post tu ialah rumah contoh tapi semua sama cuma perabot sahaja berbeza.

*********Update 19/06/2013 : Status Rented**********

Sewa: RM750
Kemasukan segera bulan JUN
Saiz: 840sq/ft 3 bilik 2 bilik air
Air Cond di master bedroom
Mini kitchen kabinet
Dryer
Dining table
Ada kolam renang, kedai runcit, 1 lot parking sendiri
Deposit: 1 bln + sewa + 100 (api air)

Interested/Inquiry please comment or email to
farah.ikin@gmail.com
@
SMS/WhatsApp 0189822969




Thursday, April 25, 2013

Perlu ke pam susu bagi SAHM?

Salam uollsss...

berbalik dengan tajuk di atas tu kalau bagi pendapat aku, aku masih lagi perlu untuk mengepam susu walaupun sudah jadi suri rumah sepenuh masa. antara sebab-sebab nya ialah:

kalau nak keluar rumah atau bersiar-siar boleh bawa bekal stok susu. senang tak perlu selak di khalayak ramai.
kalau nak tinggal anak untuk urusan tertentu senang bekal kan stok susu pada pengasuh
kalau tetiba dapat kerja , senang dah ada stok susu.
kalau suami ajak gi honeymoon senang dah ada stok susu

Adakah anda seperti saya? Tepuk dada tanya selera kan....Masing-masing ada pendapat sendiri. Namun tak di nafikan breastfeed adalah cara yang paling senang membekal kan susu kepada anak kita.
Tak perlu bawa botol air, thermos, susu tepung. Even anda nak bawa EBM stok masih lagi senang nak compare to formula kan. Dalam kereta cuma bagi bf jer..kalau di luar baru bg EBM.

Setakat ni aku dah ada breastpump spectra 3 yang aku guna masa beranak Mikaiel dulu...3 tahun lepas. Aku guna tak sampai setahun. Adalah dalam 8-9 bulan mcm tu. Ada jugak aku bagi kat adek aku pinjam tapi dia pakai kejap je, masa dalam pantang..then dia beli yang baru. Setakat ni pump tu baru 2 kali servis. Nampak nyer aku kena hantar servis sebelum guna nanti.

Terfikir jugak nak jual bp ni then beli yang baru kecik sikit mcm Medela swing tapi ada ke yang nak beli..aku beli satu set dgn bagpack, cooler, ice pack dan botol. Kalau swing cuma ada single pump jer. Baik aku beli satu lagi yg manual jer utk backup.

Jadi dalam kepala ni aku macam berangan nak tambah lagi satu bp. Tapi kali ni pilihan aku adalah manual bp. yang letrik tolak tepi lah kan sebab dah ado. Semalam aku dok survey review bp manual antaranya Medela Harmony dan Avent. Masa survey aku ternampak satu bp jenama Unimom dan yang paling menarik harganya di LittleWhiz (sale price) hanya RM100.30 di OneBabyWorld RM100 (sale jugak) kurang 30sen...percaya tak?? Sila percaya..hehehe.... Lebih-lebih lagi baca review a few moms di blog mereka bp unimom ni sangat best, suction sepeti mimick baby, ada silicon massager jadi selesa semasa mengepam, part yang mudah di buka dan cuci....

aku dah nak beli dah kat LittleWhiz tu...bila sampai step akhir jer..aku berfikir 2 kali...ishhh nak beli ke tak nak....pikir punya pikir..aku terpaksa batal kan niat murni aku tu sebab aku rasa ada byk benda lagi yang aku nak kena penting kan dulu...hehehe...syaitan tak berjaya goda aku. Takper ni beli masa lepas pantang pun boleh kan sebab dah ada bp Spectra3 tu.

Unimom - Mezzo (BPA free) Manual Breastpump


Sebab dalam kepala nak beli bengkung lagi. Lebih2 lagi dalam saat genting yang mana hanya seorang shj di dalam yang keluar mencari rezeki, aku yang dok habis kan duit pulak...hehehe.jadi terpaksa lah cancel. Lagipun aku dah cakap ngan hb dan beli bengkung..dan dia kata beli lah...aku rasa dia bg beli sebab nak soh aku kurus ... sblm mengandung tu dia dok kata aku bila aku nak jadi kurus balik..aku cakap lah kalau nak kurus kena preg balik lah .. pastu pantang betul2 InsyaAllah boleh kurus. Sekali hah amik terus lekat ko... Ni sebenarnya TEORI mak aku..kihkihkih....haha.

Nak tanya pendapat kawan2..bengkung mana yang sesuai guna masa pantang...kalau dulu aku guna yang lilit made by mak. dari anak 1 hingga lah yg ke 4....yang aku tau ada bengkung roda, tali, velcro...apakah pilihan kawan2 yer?? Share ler..nanti nak buat entri tentang bengkung pulak.


Sunday, March 17, 2013

item nak let go



 T-Shirt muslimah AQEELA
New with Tag
Let go for RM30
Status: AVAILABLE



Pre-Loved Jubah Lycra
Let Go for RM75
Status: SOLD ( Thanks Lynn)


Contoh model memakai blouse NAJJAH

Used only once
Let go for RM50
Kain satin
Status: SOLD ( Thanks Lynn)

Interested please comment or email to
farah.ikin@gmail.com
@
SMS/WhatsApp 0189822969

Friday, March 15, 2013

Perihal Kehamilan

Assalamualaikum...

Sekarang aku dah nak masuk 5 bulan. Pejam celik dah 5 bulan...kalau tak silap last aku menulis dalam blog tersayang ini masa kandungan sebulan lebih...hehehe.

Dalam masa 2 bulan lebih ni aku alami alahan yang agak teruk. Dan ada demam jugak sampai berat pun turun dari 66kg kepada 63kg. Turun 3 kilo bagi aku banyak...masa aku tak pregnant bukan main lagi nak turun berat..sekilo pun susah nak turun...ni aku demam dalam 2-3 hari boleh turun 3kg. Kesan dari demam tu mmg lama..lebih2 lagi dengan alahan..memang takder selera nak makan. Malam mmg aku tak dapat nak telan makanan sebab alahan selalu datang sebelah malam.

Aku asyik berdoa semoga alahan ni tak lah berterusan sampai aku bersalin. Dan kalau ikut pengalaman alahan sebelum memang tak der. Cuma yang kali ni alahan ada dan datang pada trisemester pertama. Aku syukur sangat2 sebab sekarang aku dah takder alah cuma kadang2 akan datang letih atau sindrom malas aku tu. Especially kalau bab masak-memasak. Kalau malas aku beli jer.

Banyak nak cerita...tentang minum air gula, tentang Diabetes, tentang Fibroid, tentang batu karang..macam-macam. Sampai tak tau nak cerita yang mana satu. Tulah buat lagi entri terperam ni lah jadi nyer...haru biru. hehehe

Takper lah di ringkas kan cerita...lepas minum air gula, paras gula adalah 'NORMAL'..Alhamdulillah..tapi masa 6 bln kena minum lagi. Harap2 takder naik gula. Kalau tak berpantang lah jawab nyer. Tak heaven nak makan tau!!

Fibroid selepas jumpa pakar, Doktor tak nampak apa2 ketulan Fibroid pun. Alhamdulillah .... tapi kena jumpa semula minggu depan.

Batu karang tu timbul sebab aku dok ngadu sakit perut belah kiri lepas kencing...jadi doktor buat ujian air kencing tengok result ada sikit darah..So dia bagi antibiotik dan check blk 2 minggu lagi. After 2 minggu ... ujian semula takder darah dalam air kencing...bersih. Alhamdulillah.

Masa pregnant ni mula lah sakit gigi kan..sebab kurang kalsium. Jadi aku yg jarang jumpa doktor gigi..pergi lah check gigi. Gigi yang berlubang ditampal. Kalau sakit lagi atau tampalan tertanggal maka gigi kena cabut. hehehe.

Okey lah sampai di sini dulu coretan kali ini. InsyaAllah ingat nak buat jualan untuk barang/baju terpakai yang aku tak guna/tak muat. Siapa yang berminat rajin2 lah jenguk blog aku yang kesepian ini yer.
Babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.