Assalamualaikum...
Sekarang aku dah nak masuk 5 bulan. Pejam celik dah 5 bulan...kalau tak silap last aku menulis dalam blog tersayang ini masa kandungan sebulan lebih...hehehe.
Dalam masa 2 bulan lebih ni aku alami alahan yang agak teruk. Dan ada demam jugak sampai berat pun turun dari 66kg kepada 63kg. Turun 3 kilo bagi aku banyak...masa aku tak pregnant bukan main lagi nak turun berat..sekilo pun susah nak turun...ni aku demam dalam 2-3 hari boleh turun 3kg. Kesan dari demam tu mmg lama..lebih2 lagi dengan alahan..memang takder selera nak makan. Malam mmg aku tak dapat nak telan makanan sebab alahan selalu datang sebelah malam.
Aku asyik berdoa semoga alahan ni tak lah berterusan sampai aku bersalin. Dan kalau ikut pengalaman alahan sebelum memang tak der. Cuma yang kali ni alahan ada dan datang pada trisemester pertama. Aku syukur sangat2 sebab sekarang aku dah takder alah cuma kadang2 akan datang letih atau sindrom malas aku tu. Especially kalau bab masak-memasak. Kalau malas aku beli jer.
Banyak nak cerita...tentang minum air gula, tentang Diabetes, tentang Fibroid, tentang batu karang..macam-macam. Sampai tak tau nak cerita yang mana satu. Tulah buat lagi entri terperam ni lah jadi nyer...haru biru. hehehe
Takper lah di ringkas kan cerita...lepas minum air gula, paras gula adalah 'NORMAL'..Alhamdulillah..tapi masa 6 bln kena minum lagi. Harap2 takder naik gula. Kalau tak berpantang lah jawab nyer. Tak heaven nak makan tau!!
Fibroid selepas jumpa pakar, Doktor tak nampak apa2 ketulan Fibroid pun. Alhamdulillah .... tapi kena jumpa semula minggu depan.
Batu karang tu timbul sebab aku dok ngadu sakit perut belah kiri lepas kencing...jadi doktor buat ujian air kencing tengok result ada sikit darah..So dia bagi antibiotik dan check blk 2 minggu lagi. After 2 minggu ... ujian semula takder darah dalam air kencing...bersih. Alhamdulillah.
Masa pregnant ni mula lah sakit gigi kan..sebab kurang kalsium. Jadi aku yg jarang jumpa doktor gigi..pergi lah check gigi. Gigi yang berlubang ditampal. Kalau sakit lagi atau tampalan tertanggal maka gigi kena cabut. hehehe.
Okey lah sampai di sini dulu coretan kali ini. InsyaAllah ingat nak buat jualan untuk barang/baju terpakai yang aku tak guna/tak muat. Siapa yang berminat rajin2 lah jenguk blog aku yang kesepian ini yer.
Babai.
Anak Saya Tak Pandai Masak.
9 years ago
4 comments:
assalam Ikin, lama menyepi, lega rasanya dengar Ikin sihat, jaga diri ya..
tahniah ikin! dah masuk 5 dahh pantas sungguh hahaha
Mak Teh, terima kasih datang menjenguk..kin sihat2 saja. Alhamdulillah.cuma kdg2 letih sikit.
Farah..ye ni dah masuk 5..harap2 semua selamat sampai bersalin..hehe.Farah cepat ler ..bila lagi nak tambah?!
Post a Comment