Saturday, November 1, 2014

Pelan Dan Design Rumah...


Assalamualaikum...

Dah lama menyepi..kini aku kembali..mengupdate apa yang berlaku 2 3 bulan ni.. :)
Banyak sebenarnya nak citer tapi kita citer pasal rumah la..sebab tuan tanah sangat excited nak buat rumah sendiri ni kan

Pada mulanya ingat nak cari tanah lain dekat dengan area rumah aku ni di Lati ni...tapi Alhamdulillah Allah swt murah kan rezeki kami dengan permudah kan urusan tukar nama tanah mak mertua ku...urusan pertukaran nama ni dah berlarutan lebih kurang 3 tahun...dan kami hampir putus asa jugak menunggu terlalu lama...

Bila terdetik nak cari tanah lain tiba2 mak kata tukar nama dah nak siap...kemain lagi kami suka laki bini..tak perlu lah keluar duit utk beli tanah...Syukurrrr

Gambar kat bawah ni adalah rumah kepada kawan sepupu husband Wadi...pergi tengok rumah dia yg baru siap ni pun secara kebetulan...pada hari tu hubby MC .. kami ke kota bharu .. terlintas nak call Wadi nak tanya pasal nak buat rumah dan dia pun ajak gi tgk rumah kawan se politeknik dengan nya pada tengahari tu... 


Ini lah rumah nya...setingkat setengah...ni bahagian tepi rumah...yg cermin panjang tu ialah bahagian tangga

Ni bilik belakang dan bilik air di dapur


Bahagian depan rumah...rumah ni keluasan nya 3000 kaki persegi...ada 5 bilik 4 bilik air...tingkat bawah ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air...Master bedroom di bawah


Tepi rumah...



Bawah rumah yg ada sliding door tu ialah living room...dia agak terpinggir atau terkeluar sedikit dr family hall...familiy hall dekat dengan pintu masuk..dan terus boleh nampak laluan ke dapur dr pintu utama tu...di tingkat atas ada 3 bilik tido 2 bilik air..bilik tido bersaiz sederhana dengan ukuran lebih kurang 12x12 kaki...

Apa yang best tentang rumah ni pada pendapat hubby ialah:

1. Terdapat acces keluar beranda di tingkat atas di bahagian tepi kiri...boleh buat tempat menyidai baju dan di atas bumbung car porch bila di pasang pagar besi boleh buat tempat untuk bersantai
2. Family hall dan living roon di seperate kan ... jadi tetamu jika bertandang tidak di ganggu oleh anak2 kecil

Setakat ni pelan ni yang menarik hati kami..namun pencarian masih lagi di teruskan terutama design bahagian luar rumah. Kami juga perlu pantas sebab takut harga barang naik tahun depan...

InsyaAllah nanti aku update lagi...sekarang geran belum keluar lgi..kata juruukur minggu depan...selepas dapat geran baru senang nak ke proses seterusnya...

Jumpa lagi..Wassalam

6 comments:

MAK TEH said...

Assalam
Tahniah ikin
Excited kan
Anak2 apa kabar?

Farah Ikin said...

Wassalam mak teh....insyaAllah mak teh..minta mudah kan jalan..excited mmg sgt...teruja nak cari idea tu hehe..anak2 setakat ni alhmdulillah..ada juga yg silih ganti demam..lps sorang2 pass baton..

Mak teh apa kabar? Lama x dgr citer...

eynda said...

Cantik rumah ni :-)

zie erniza said...

Umah kat mane.

Farah Ikin said...

Zie erniza, pasir mas..

Farah Ikin said...

Zie erniza, pasir mas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.