Salam uollsss...
berbalik dengan tajuk di atas tu kalau bagi pendapat aku, aku masih lagi perlu untuk mengepam susu walaupun sudah jadi suri rumah sepenuh masa. antara sebab-sebab nya ialah:
kalau nak keluar rumah atau bersiar-siar boleh bawa bekal stok susu. senang tak perlu selak di khalayak ramai.
kalau nak tinggal anak untuk urusan tertentu senang bekal kan stok susu pada pengasuh
kalau tetiba dapat kerja , senang dah ada stok susu.
kalau suami ajak gi honeymoon senang dah ada stok susu
Adakah anda seperti saya? Tepuk dada tanya selera kan....Masing-masing ada pendapat sendiri. Namun tak di nafikan breastfeed adalah cara yang paling senang membekal kan susu kepada anak kita.
Tak perlu bawa botol air, thermos, susu tepung. Even anda nak bawa EBM stok masih lagi senang nak compare to formula kan. Dalam kereta cuma bagi bf jer..kalau di luar baru bg EBM.
Setakat ni aku dah ada breastpump spectra 3 yang aku guna masa beranak Mikaiel dulu...3 tahun lepas. Aku guna tak sampai setahun. Adalah dalam 8-9 bulan mcm tu. Ada jugak aku bagi kat adek aku pinjam tapi dia pakai kejap je, masa dalam pantang..then dia beli yang baru. Setakat ni pump tu baru 2 kali servis. Nampak nyer aku kena hantar servis sebelum guna nanti.
Terfikir jugak nak jual bp ni then beli yang baru kecik sikit mcm Medela swing tapi ada ke yang nak beli..aku beli satu set dgn bagpack, cooler, ice pack dan botol. Kalau swing cuma ada single pump jer. Baik aku beli satu lagi yg manual jer utk backup.
Jadi dalam kepala ni aku macam berangan nak tambah lagi satu bp. Tapi kali ni pilihan aku adalah manual bp. yang letrik tolak tepi lah kan sebab dah ado. Semalam aku dok survey review bp manual antaranya Medela Harmony dan Avent. Masa survey aku ternampak satu bp jenama Unimom dan yang paling menarik harganya di
LittleWhiz (sale price) hanya RM100.30 di
OneBabyWorld RM100 (sale jugak) kurang 30sen...percaya tak?? Sila percaya..hehehe.... Lebih-lebih lagi baca review a few moms di blog mereka bp unimom ni sangat best, suction sepeti mimick baby, ada silicon massager jadi selesa semasa mengepam, part yang mudah di buka dan cuci....
aku dah nak beli dah kat LittleWhiz tu...bila sampai step akhir jer..aku berfikir 2 kali...ishhh nak beli ke tak nak....pikir punya pikir..aku terpaksa batal kan niat murni aku tu sebab aku rasa ada byk benda lagi yang aku nak kena penting kan dulu...hehehe..
.syaitan tak berjaya goda aku. Takper ni beli masa lepas pantang pun boleh kan sebab dah ada bp Spectra3 tu.
Unimom - Mezzo (BPA free) Manual Breastpump
Sebab dalam kepala nak beli bengkung lagi. Lebih2 lagi dalam saat genting yang mana hanya seorang shj di dalam yang keluar mencari rezeki, aku yang dok habis kan duit pulak...hehehe.jadi terpaksa lah cancel. Lagipun aku dah cakap ngan hb dan beli bengkung..dan dia kata beli lah...aku rasa dia bg beli sebab nak soh aku kurus ... sblm mengandung tu dia dok kata aku bila aku nak jadi kurus balik..aku cakap lah kalau nak kurus kena preg balik lah .. pastu pantang betul2 InsyaAllah boleh kurus. Sekali hah amik terus lekat ko... Ni sebenarnya TEORI mak aku..kihkihkih....haha.
Nak tanya pendapat kawan2..bengkung mana yang sesuai guna masa pantang...kalau dulu aku guna yang lilit made by mak. dari anak 1 hingga lah yg ke 4....yang aku tau ada bengkung roda, tali, velcro...apakah pilihan kawan2 yer?? Share ler..nanti nak buat entri tentang bengkung pulak.