****
To All REaders this is a sticky entry, for latest entry please scroll down
hari ni rasa macam nak join giveaway and contest, sebab nyer hadiah dia mmg best sgt ... dan hadiah pertama tu lah stuff yg saya teringin nak ada satu other than my Spectra3.
I just knew about this blog dari my frens blog...dan amat tertarik kerana dia menjual produk breastfeeding dgn harga yg sgt menarik..hihih..semoga dgn ini dapat membantu ibu2 yang ingin dan akan breastfeed anak-anak masing-masing.
bagi ibu2 and bloggers yang lain pun mmg tak rugi join ... senang ajer cuma pergi ke blog
sweetbonda dan ikut syarat2 yang telah di tetapkan nya
syarat2 penyertaan adalah :
1. kena letak banner - beres
2. kena jadi folower - beres
3. kena buat entri guna ayat2 power kenapa anda adalah sweet bonda .... - tgh buat dok karang
4. tulis dalam comment anda punyer details seperti nama, alamat blog n link kan , dan link entri anda tu - lepas wat entri
5. kena emel kat
sweet.bonda@yahoo.com semua detail kat dalam item 4 - lepas wat entri
6. bak kata sweetbonda, selepas ni boleh teruskan rutin harian anda until result pada 8hb mei 2010
Hadiah dia sgt lah menarik....
Tempat pertama : Satu set Medela Harmony
Tempat kedua : Bengkung Roda Mia
Saguhati 1 : 2 botol storage safety plus
Saguhati 2 : Satu trial pack Cocoa Collagen
Saguhati 3 : Buku panduan penyusuan susu ibu
kalau nak tgk gambar hadiah2 tu sila lah ker
sini
Tarikh Tutup : 05 Mei 2010 jam 12.00 tghmalam
Tarikh Keputusan : 08 Mei 2010
_______________________________________________________________________
to Ms SweetBonda , Silalah baca karangan saya ini :
Saya adalah SWEET BONDA kerana ....................
saya menjadi ibu kepada anak-saya di ketika usia yang masih muda...kahwin umur 20thn , 21 terus dapat anak (skang i dah 28yrs old ada 4 anak dah)...hati teramat lah gembira masa tu,even byk benda yang tak tahu pasal handle baby..maklum lah .. umur pun setahun jagung..nama my first son MARWAN now 7thn
Dan di waktu itu saya sedang menimba ilmu di menara gading ahh!!!! sumer nyer tunggang langgang ... tambahan pula berjauhan dengan suami...tetapi putera kesayangan saya lah yang menjadi penguat semangat saya ni...
saya tinggal dengan anak, tapi kejap2 tinggal kan dia kat umah mak mertua, kejap tinggal kat umak mama saya...tatkala berjauhan dengan orang tersayang yakni baby dan suami huahua... alangkah sedih nyer hati ni .. bkn kepalang....but saya adalah sweet bonda kerana walau jauh dgn suami i still can be the greatest mummy to my son.
masuk 2005 saya pn grade dan baru leh tinggal sama ngan hubby...masa ni dah pregnant anak kedua...yahoo!!! tambah lagi (even dalam hati cam tak ready)..yg sulung baru setahun..dah ada lagi.. aku gembira sesgt...masa nak lahir kan dia mak ooii mak!!! dahsyat susah nak kuar .. sebab nya bb besar .. tapi tetap deliver normal...dan yg perit kena jahit sampai 10 jarum hidup-hidup .. no bius ok...nama my second bb ialah MUJAHID (5thn)....and saya adalah sweet bonda kerana anak i yang lahir dengan sgt berat tu suka makan, jadi sentiasa saya masak makanan yang sedap2 ,pastikan dia akan dapat makan yg dia nak coz mmg dia kuat makan sessangat.
masuk 2007 .. this is my first baby girl ... this is the year with full of challenges..my daughter ialah anak istimewa(down syndrome) dan itu sikit pun tak buat semangat saya lemah ... malah dgn ada suami yg sentiasa di sisi, buat saya lebih kuat...dlm hati berkata .. saya sgt bertuah kerana tak semua orang ada anak istimewa... Allah SWT telah beri kelebihan dan bekalan di akhirat dgn memberi cahaya mata yg istimewa ... my daughter name is MARWAH (3thn) ... dan saya adalah sweet bonda kerana bertuah memiliki special daughter like my lovely MARWAH.
masuk thn 2010.. bertambah lagi satu *ngee*..tak putus asa ni...tak takut even ada history anak yg DS ... this time my bb sihat walafiat .. alhamdulillah .. nama dia ialah MIKAIEL(2bln) ...and kali ni saya adalah sweet bonda kerana berazam nak breastfeed kan my baby until he is 2 years old.
Overally saya adalah sweet bonda to all my children dunia dan akhirat...AMEEN
p/s : even tak menang saya bangga dgn diri saya dapat besarkan anak pd usia yg muda..tak rugi woo!!