Sunday, November 10, 2013

Medina check up 1+2+3 bulan

Assalamualaikum...

Dah lama x menulis tak tahu nak mula macamana hehe....ok lah...kali ni nak cerita pasal medina check up kat klinik desa kampung kami je...tumbesaran Medina setakat ni semakin baik. Masa sebulan 4.2kg...2 bulan naik 250gm jer jadi 4.45kg...latest 3 bln harini check up naik sekilo jadi 5.4kg.

Selepas masa umur Medina sebulan nak ke 2 bulan tu aku buat analisis (yerlah sangat)... aku perasan rupanya  kurang bagi susu badan kat Medina sebab dia asyik tido..tido pulak dalam buai mmg sedap lah berdodoi jer..x ingat nak kejut anak umi nyer. Sebab tu berat tak berapa naik..ngeh ngeh ngeh

Jadi aku ambil langkah proaktif menyusu kan Medina sekerap yang mungkin. Kalau dia tidur dalam buai ada gerak2 terjaga sikit terus aku angkat dan bagi susu..lepas tu tengok kalau dia mamai nak tido lagi aku pun masukkan balik dalam buai...jadi lagi lena lah dia tido kuikuikui..sebab kenyang berganda ganda

So after sebulan masuk bulan ketiga pegi timbang... dah boleh nampak keberkesanan cara aku yang 'proaktif' lah sangat tu hehehe....Medina naik 1 kg...bila tengok jarum penimbang tu naik rasa umi ni pun nak melompat lompat kat situ jugak (dalam hati lah) hehehe....

Ibu mana yang tak risau kan bila tengok anak dia cekeding je...lebih lebih lagi kalau berhadapan dengan mulut owang2 yang x der insuran tu sedap je mengata yg kita ni x bagi anak makan/minum secukupnya. Mula lah dok suruh bagi susu formula kannnn...takper dek biar naik sikit2 janji sehat kan3...hehe

Semalam Medina dah mula meniarap. Medina memang jenis yang tak suka baring dok kat bawah je. Jadi dia akan cuba seboleh boleh nya mengguling guling kan badan nyer hehehe...jadi semalam dok asyik guling2 balik2 kiri kanan tup2 terus tertiarap kihkihkih.....Yeehaaaa,...saya dah pandai meniarap ummi!!!

Dari bulan ke bulan Medina dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling..contoh kalau masa sebulan dulu pegi klinik for the first time ... masa dia ngantuk tu dia akan menjerit meraung menangis macam kena dera huahuahua.. adoiii..sampai umi abah tak boleh nak pujuk apa dah... last nurse ambik dan masuk kan dalam bilik ada aircond dukung dia sambil berdodoi..tu pun lama jugak nak berhenti nangis..sebab umi kena jumpa doktor..maka nurse lah yang dokong sampai siap umi jumpa doktor... *Nurse kampung ni kan korang diorang sangat friendly treat kita macam jiran2 jer yang dok umah sebelah menyebelah..jadi bayang lah...x terasa lah diri asing hehe.

Jadi skang dah 3 bulan slow2 dia adapt kan diri dengan situasi .. x der nangis meraung kalau ngantuk masa kat luar .. umi boleh control lah but still kena dokong sambil berendoi sebab kat umah kan tido buai grrrrr....

Tido malam dah tak melalak lah skang...tak berjaga dah ... skang lepas maghrib je terus tido lena sampai lah ke subuh ... cuma jaga sekejap2 untuk minum susu hehehe .. umi suka umi suka hehe

Dan yang penting sekali masih lagi breastfeed exclusively hihih :)...

Jom layang pics...x nak upload banyak sebab boradband slow nak mamp

 Medina 1 bulan

 Medina masa kat klinik untuk cucuk 1 bulan


Medina 2 bulan 

 Medina 3 bulan

Medina check up klinik 3 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.