Salam....
Malam ni baru boleh nak menulis entry tentang percutian kami tempoh hari di Kota Kinabalu Sabah..kanak2 riang sudah selamat hantar ke rumah mama ku...esok dah masuk kerja semula...dan tadi juga baru aku dapat menyetelkan kerja2 rumah yang tergendala...seperti menyidai baju..menyapu rumah yg betul2 sapu..kalau tak yg depan mata je aku sapu..hehehe..sental dapur..dan macam2 lagi
Kami memulakan perjalanan pada 16hb July Sabtu..flight kami pada pukul 7.50pagi. Untuk ke LCCT kami pandu kereta sendiri...sebelum ni mmg dah survey tempat di mana boleh tinggal kereta...lalu kami tinggal kan di belakang LCCT di tepi highway..jalan nak ke Nilai/KL. Untuk pengetahuan, percutian kali ini hanya kami berdua suami isteri sahaja...nak kata honeymoon pun boleh lah jugak..untuk tahun ni hanya kali ini sahaja yang sempat berjalan berdua...InsyaAllah tahun depan tempat lain pulak. Bagi bercuti bersama anak-anak pasti ada..tunggu masa saja. :)
Bersyukur sgt kerana trip kali ini tiada halangan..takut juga kalau tiba2 ada hal or anak tiba sakit...anak2 letak di umah mama ku..TQ mama,,,kerana tiket aku dah booking setahun yang lepas..cuti ku pun apply 6bln sebelum...Alhamdulillah..selamat sampai juga di bumi Sabah yang indah ini...tempat di mana aku pernah membesar satu masa dulu.
Semasa di dalam flight. Ambil masa 2 jam 30 minit utk sampai..serba tak kena rasa duduk dalam flight AA ni..al maklum lah space yg kecil..nak tido pun sakit tengkuk..maka aku payan jeer lah pamplet SOGO sale yg aku sempat sambar sblm kuar rumah...sebab tak sempat baca kat umah...hehehe
hubby jer yang dok ke hulu ke hilir dalam flight..jadi dia tak de keje asyik dok snap gambar jer..aku lah jadi mangsa nya...tapi sonok jer
Bekfes kami utk hari pertama..masa ni dah sampai di KK. Makan KFC di terminal 2. Harga KFC di terminal ni masih di kadar biasa tidak seperti di KLIA or LCCT yg mencecah ke double price. Kenyang kami berdua di situ..hjeheheh.
Untuk ke KK, kami jadi buntu sekejap. Sebab mmg tak der planning yg teratur..main redah aja..Asal boleh.
Nak sewa kereta hari pertama kami dah setengah hari di sana, jadi tak berbaloi. Kami mencari pengankutan untuk ke tempat menginap kami di TUNE Hotel spt teksi or bas. Tanya dgn bdk kat KFC dia kata TUNE jauh dari KK..lebih kurang kalau dari KK 30 minit utk ke Tune Hotel. Kami tercengang..jauh nya..ingat kan Tune lokasi kat bandar KK. Nampaknya kami dah tersalah pilih hotel.Tanya kat kaunter teksi tambang ke tune hotel RM60. Mahal tambang nya.
Kami buat keputusan untuk keluar jalan kaki ke depan sikit daripada terminal. Nak tengok kalau2 ada teksi yang lebih murah lagi. Tak sapai beberapa meter keluar jalan kaki ada sebuah teksi, kami tnya tambang dan minta murah, dia bagi RM40. Kami setuju.
Abang teksi tu sangat peramah. Dia banyak bercerita tentang tempat2 menarik di Sabah. Dia juga bawa kami melalui jalan di tepi waterfront. Katanya jalan yg lain lebih dekat ada tapi sebab kami baru maka dia bawa kami melihat tempat menarik di tepi waterfront. Dia juga byk berkongsi cara pengankutan di KK. Boleh ambil bas dan juga ada shuttle di sediakan dari tempat tertentu ke tempat tertentu.
Dah smapai TUNE. Tune terletak di One Borneo shopping mall, satu bangunan lah maknanya. TMasa ni tak boleh check in lagi sebab baru pkl 12thgari. Jadi kita jalan2 dulu kat One Borneo mall.
Urut dulu sepukul lepas penat duduk dalam flight. Caj urut rm3 = 1 minit.
cuci mata tgk kereta
OB mall ni boleh kata seperti mini Mid Valley lah. Standard nya tinggi banding mall2 yg lain di KK. Byk butik branded.
posing dulu
masuk FOS kejap..cari Tee cik abang..tapi tak der yang sangkut
Not bad
Butik CROCS
ini ialah tempat untuk book shuttle ke KK. Di sini ada sediakan shuttle utk pelancong yg menginap di hotel di dalam bangunan OB. Kami book pukul 4 ptg.sempat lah blk biliksolat dan rehat.
tempat shuttle ambil dan turun penumpang
setelah penat jalan, nak dekat pkl 2 blk ke TH utk Check in.
Ni dekat pintu masuk TH. Ada sedia tpt urut juga..tapi biasalah sumer kena bayar di sini ya.
Lobi hotel
Dalam bilik
pemandang dari dalam bilik ke luar hotel. Kat depan hotel tu mcm padan jarak pdg tekukur sikit..cuma ada deretan kedai baru di seberang jalan..dalam 200meter dari OB.
posing kat depan katil
(adakah aku nampak kurus sikit,,,hahaha...sblm ke KK giat aku berdiet tau..apa motif nyer..hehehe..tak leh citer kat sini)
tempat turun shttle di Plaza Warisan. Sebelum ni sebenarnya kami telah tertinggal shuttle pkl 4. Sebab terlajak tido..ni lah padah nya. Kena tunggu pkl 6 pulak shuttle seterusnya.
Waterfront di depan Plaza Warisan
Waterfront semasa sunset..lebih kurang pukul 6.30 ptg. Sini jam awal sejam. MAsa ni dah nak masuk maghrib. Ramai mat dan minahh salleh dok lepak kat area pub and cafe kat waterfront.
di belakng tu menuju ke pasar philipines.
Kat sini nice view..ramai orang duduk lepak..kanak2 Sabah yg ibubapa meniaga di pasar ada juga yg bermain di tepi waterfront..riang sgt.walau mereka miskin tapi hati gembira jer
di pasar philipines
nampak teratur dan tersusun jer barang jualan mereka ni..lain tempat lain gaya nya
di hadapan sikit dr pasar ni ada tempat gerai ikan bakat..macam2 ada. dan harga nya boleh buat terbeliak biji mata ..hehehe..yg sotong besar harga 20++. Udah galah tu 30-40++...ikan tgk jenis..kalai yg aku makan ikan merah harga murah sikit rm20. Aku ambik ikan merah ajer..cukup utk 2 org.
Orang kata rugi kalau tak cuba rumpai laut ni...walau aku tak pasti mcmana rasa tapi aku ambil lah jugak sepinggan....dan mmg tak mengecewakan rasa nya..mmg sedap lebih2 lagi di makan sgn ikan bakar dan air asam. Rumpai laut tu dia seperti telur ikan...ada macam letup2 kalau digigit..hehehe..macam makan sushi pun ada.
Aku yang kekenyangan..tapi hubby tak berapa suka makan di sini mungkin sebab kebersihan yg tak terjamin
Sempat jalan di plaza warisan..bising di sana..rupanya ada Korean Dance Comp..hebat2 juga orang Sabah ni yer. Kira mereka juga tidak ketinggalan dek arus pembangunan.
Di belakang P.Warisan, ada juga Centre Point mall...aku rembat sehelai dress utk di pakai di Sabah..tapi tak ingat nak ambil gambar kat sini.
Pukul 10 kami pulang dengan menaiki shuttle yang sama. Penat nya tak terkata...aktivit larut malam kami tak dapat di teruskan untuk malam pertama..postpone ke esok hari.
See on next entri Day 2.